10 Hotel Viral di Kuala Lumpur Yg Unik, Yg Lawa Untuk Anda Cuba

Buat apa tidur kat hotel biasa kalau unik ada?

Untuk cuti yang berbeza, kami kumpulkan untuk anda 10 hotel viral dan unik di Kuala Lumpur ini, yang lain, yang istimewa.

Jom pilih hotel mana yang nak ditempah untuk pengalaman bercuti di KL yang luarbiasa.

Hotel Wolo

lobi hotel wolo yang unik
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Letaknya betul di simpang sibuk Bukit Bintang.

Dan ini hotel viral di KL dari mula ia siap sebab suasana hotelnya yang penuh glamour.

Dalam hotel gayanya lebih kepada kelab malam dari hotel.

Dan biliknya dibahagi kepada bilik Tembaga hingga Platinum, sesuai dengan kemasan dan harga.  

Tapi kalau suasana hotel butik ini melimpah dengan gaya, dalam bilik pula minimalis saja.

Tempat letak kereta?

Lupakan sahaja kerana targetnya foreign travellers.

The Bed, KLCC

ruang dalam hostel the bed yang kemas moden
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah
Tempah

Untuk orang yang tak biasa ke hostel, tak ramai yang berminat sebab bilik dan bilik air berkongsi.

Dan selalunya keadaannya tak menentu.

The Bed viral sebab sangat berbeza.

Ia penginapan bajet yang moden, cantik dan selesa.

Tak macam hostel yang biasa ada di Malaysia.

Tapi konsepnya hotel kapsul, dan sesuai untuk mereka yang tak kisah tidur macam di asrama dengan manusia yang tak pernah mereka jumpa.

Hotel Kloe

hotel kloe ini unik di kuala lumpur dan malaysia sebab ia ada 5 bilik khas untuk tetamu
Harga BiasaRM 320 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang dimiliki oleh Cheryl Samad dan suaminya ini viral sekejap, sebab selain bilik biasa, ia ada 5 bilik khas yang ada tema dan pereka sendiri.

Ada bilik khas untuk pelukis, pembaca sehinggalah pencinta muzik.

Dibuat untuk orang-orang yang kreatif, Kloe mengubah tanggapan biasa terhadap bilik hotel hanya untuk rehat sahaja. 

Datang ke Kloe kalau anda mahu menyendiri.

Atau nak mencari inspirasi, idea luar biasa atau menjadi tempat pemangkin jalan baru hidup anda.

Hotel CitizenM

lobi hotel citizenm yang artsy dan classy lagi moden.
Harga BiasaRM 320 ++
Tempah
Tempah

Hotel artsy atau berseni di kawasan Bukit Bintang ini cukup unik.

Bukan sahaja sebab ia penuh dengan warna warni dan barang seni.

Tapi konsepnya berbeza dengan yang ada dalam industri ini.

Bilik anda kecil, tapi saiz katil XL, untuk tidur yang selesa. 

Dan nak menukar warna lampu atau suhu bilik? Semuanya boleh dikawal dengan Ipad tersedia. 

Ia tiada restoran, tiada room service.

Tapi diganti dengan kantin yang penuh makanan.

Boleh self service di situ, atau bawa ke bilik, 24 jam sehari.

Kawasan lobinya dibuat sebesar, secantik mungkin dan dipenuhi kerusi untuk anda bersosial dari duduk di bilik menyendiri.

Hotel Momo

hotel momo yang unik dan minimalis
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Minimal, seminimalnya.

Rasa itulah yang membuatkan hotel ini antara hotel paling viral dan unik di KL untuk tahun 2020.

Kalau anda masuk ke bilik anda di sini, warnanya 2 atau 3 sahaja.

Dan kalau anda minat pada Marie Kondo, anda bakal tersenyum bila melihat katil Tatami di sini.

Untuk yang sudah biasa dengan hotel yang penuh hiasan, ini hotel gaya radikal yang mengubah fikiran.

Riccarton Capsule 

riccorton capsule ini antara hotel unik di kl kerana gaya capsulenya yang macam di luar angkasa
Harga BiasaRM 90 ++
Tempah
Tempah

Hotel Riccarton Capsule ini satu lagi hotel unik yang ada dalam Kuala Lumpur.

Konsepnya hotel kapsul.

Macam masuk ke dalam filem sains fiksyen.

Kapsul tempat tidur anda kecil.

Tapi siap dengan wifi, tempat simpanan berkunci, dan pintu yang menggunakan kad untuk dibuka.

Memang terasa cuti dalam kapal angkasa.

Hotel Anggun

hotel anggun yang berbeza dari mana-mana penginapan di kl kerana ini bangunan lama
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Kebanyakan hotel dalam kawasan Bukit Bintang temanya moden.

Tapi bezanya, Anggun yang duduk di kawasan sibuk dan popular KL ini pula dikekalkan dengan gaya klasik di tengah kota. 

Biliknya dihias seperti seolah-olah anda balik ke Melaka zaman dulu kala.

Mungkin tak ada apa-apa untuk kita, tapi cukup unik untuk pelancong luar Malaysia.

Villa Samadhi

villa samadhi ini umpama resort dalam tengah bandara kuala lumpur -- menjadikan ia penginapan unik lagi menarik di kl
Harga BiasaRM 850 ++
Tempah
Tempah

Villa Samadhi ini antara penginapan yang asyik viral bertahun-tahun di media sosial.

Bukan apa, ia semacam resort mini yang tak terasa seperti dalam bandar, tapi di pulau Bali.

Villa 21 bilik, yang ditatahias dengan kayu, buluh dan batu membuatkan anda lupa yang anda di ibukota.

Swimming poolnya pun gaya tropika.

Ini antara tempat berhoneymoon di KL, kalau anda amat sibuk dan cuma ada satu hari sahaja.

Dan macam resort peribadi lain, anak kecil tak dibenarkan ada.

Apartmen Arte Plus

suasana dalam apartmen arte plus yang seperti di studio mewah
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Ini bukan hotel tapi apartmen yang berada di Jalan Ampang.

Ia asyik viral kat FB dan IG bukan sebab biliknya, tapi sebab penginapan keluarga ini ada macam-macam tempat yang cantik dan pelik untuk bergambar.

Kawasan apartmen yang boleh anda tempah ini lebih kepada taman tema dari apartmen biasa.

Kawasan tamannya pun luar biasa.

Tapi walaupun unik, dan sebab bukan hotel, tapi lebih kepada homestay ibukota, kualiti bilik anda berbeza-beza.

The Chow Kit

bilik tidur the chow kit yang cukup istimewa keran nampak seperti di luar negeri
Harga BiasaRM 260 ++
Tempah
Tempah

Hotel unik Kuala Lumpur ini sebenarnya hotel mewah baru.

Yang menjadikannya viral pada tahun 2020 ialah sebab gaya dalamnya — cukup unik untuk hotel di Malaysia.

Semuanya kat sini dibuat ala kat New York — zaman Al Capone menggila dengan gangster-gangsternya. 

Sesuai untuk bernostalgia, dan merasa feel New York di Malaysia, Chow Kit memang tak ada tandingnya.

Jadi, dari 10 senarai hotel-hotel viral dan istimewa di Kuala Lumpur yang ada, yang mana yang anda nak rasa?

Hotel Terbaik Kuala Lumpur

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan