Tak Boleh Lupa : 9 Hotel di KL Yang Ada View KLCC Yg Luarbiasa

Anda nak cari hotel di Kuala Lumpur yang ada view KLCC?

Biar kami bantu.

Ini senarai hotel-hotel di KL yang ada bilik dengan pemandangan menara berkembar itu. 

Tapi pastikan bila book bilik, anda pilih bilik jenis twin towers view.

Hotel Traders

bilik ada pemandangan cantik klcc dari hotel the traders kuala lumpur
Harga BiasaRM 390 ++
Harga Bilik View KLCCRM 390 ++
Tempah
Tempah

Kalau hanya ada satu hotel dengan pemandangan KLCC yang perlu kami pilih, Traders pilihan kami.

Ia ada bilik-bilik dengan grand view menghadap depan klcc.

Jadi anda dapat pemandangan tanpa di ganggu bangunan lain kat tepi.

Yang bagus lagi, ia juga ada banyak bilik dengan ada pemandangan klcc. 

Harganya? Tak setinggi hotel lain yang hampir dengan menara berkembar Petronas ini.

Dan satu lagi, dari sini ke klcc ada shuttle free.

Tips : Hotel ini memang full untuk malam tahun baru, sebab ramai yang nak tengok bunga api di KLCC dari bilik saja. Kalau anda nak pergi waktu itu, book beberapa bulan awal dulu.

Hotel Grand Hyatt

bilik hotel grand hyatt yang ada view menara klcc
Harga BiasaRM 680 ++
Harga Bilik View KLCCRM 700 ++
Tempah
Tempah

Grand Hyatt juga ada bilik dengan view cantik KLCC, tapi pemandangan tower sedikit sisi.

Apapun, kualiti biliknya memang tahap manjakan diri. 

Untuk bilik dengan bath tub, berendam pun dapat view menara klcc.

Cuma nak dapat bilik-bilik yang ada pemandangan menara KLCC kena pilih yang jenis Tower View.

Kalau tak ada view di bilik, anda boleh juga pemandangan menara KLCC dari tempat sarapan pagi.

3 Tarikan Paling Top Kat KL

W KLCC

pool dengan view klcc di hotel w
Harga BiasaRM 450 ++
Harga Bilik View KLCCRM 780 ++
Tempah
Tempah

Hotel W ini satu lagi hotel di KL yang boleh layan pemandangan KLCC dari biliknya. 

Dan bagus lagi, pool hotel ini ada view KLCC yang sukar dikalahkan mana-mana hotel dalam list ini.

Memang lawa nak upload kat IG.

Cuma hotel ini lebih sesuai untuk honeymoon atau anniversary.

Ia kurang sesuai untuk keluarga.

Sebab fasiliti kat sini lebih fokus untuk orang dewasa.

Mandarin Oriental

hotel mandarin oriental yang ada view menara klcc
Harga BiasaRM 580 ++
Harga Bilik View KLCCRM 580 ++
Tempah
Tempah

Hotel di tepi KLCC ini juga ada bilik-bilik dengan pemandangan menara klcc.

Tapi disebabkan ia rapat dengan menara berkembar, view KLCC nya dikalahkan oleh Traders.

Pemandangan menara klcc dari bilik memang dekat, memang tersergam, tapi kurang panoramik.

Apapun, ia hotel yang cukup mewah.

Ia juga ada restoran Cina halal, dan minum petang yang best dengan view taman KLCC.

Tips : Ini hotel paling dekat dengan KLCC. Senang nak shopping sampai tutup Suria KLCC.

EQ KL

hotel EQ yang ada view klcc
Harga BiasaRM 580 ++
Harga Bilik View KLCCRM 640 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel power di Kuala Lumpur yang ada bilik dengan view KLCC.

Tapi pemandangan menara itu untuk bilik tertentu.

Untuk bilik yang tak ada pemandangan twin tower, anda boleh dapat pemandangan KL Tower dan Tower Merdeka 118. 

Bilik  di EQ luas. Dan lengkap dengan tub mandi dan mesin kopi.

Sky 51 kat rooftop hotel ini pun pemandangan nya lawa.

Sayangnya ia juga kawasan bar, dan khas untuk dewasa. 

Hotel Tamu

hotel tamu di kuala lumpur yang ada pemandangan klcc
Harga BiasaRM 225 ++
Harga Bilik View KLCCRM 410 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda menginap kat hotel Tamu, anda dapat view Twin Towers KLCC.

Viewnya jauh.

Tapi bonusnya, dapat juga tengok KL Tower dan juga Merdeka Tower.

Tapi take note. Setahu kami hanya Junior Suite dan One Bedroom Suite ada pemandangan semua 3 menara itu.

Apapun, dalam semua hotel dalam senarai ini, hotel Tamu yang paling mesra muslim.

Bilik anda siap dengan sejadah dan Al Quran.

Azan dari masjid Kg Baru pun boleh dengar setiap masuk waktu.

Nota : Hotel Tamu ada di Kg Baru. Senang nak makan, tapi bukan dalam jarak jalan kaki ke KLCC.

Hotel Banyan Tree

hotel mewah banyan tree yang ada pemandangan klcc dari biliknya
Harga BiasaRM 800 ++
Harga Bilik View KLCCRM 2500 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel premium di Bukit Bintang. 

Dan untuk dapat pemandangan menara berkembar KLCC, anda kena book suite kat sini. 

Anda boleh pilih Sky Suite, Sanctuary Suite sampailah yang view paling best – Banyan Tree Suite.

Suite paling mahal ini bukan saja ada view KLCC, tapi KL Tower sekali depan katil anda nanti.

Tapi ia terhad dan eksklusif.

Jadi bilik Banyan Tree Suite yang satu malam dalam RM 20,000 harganya, tak ada dijual di Booking atau Agoda.

Hotel Corus

hotel corus jalan ampang
Harga BiasaRM 190 ++
Harga Bilik View KLCCRM 230 ++
Tempah
Tempah

Corus Hotel ini pula hotel harga sederhana.

Ia hotel paling murah yang sesetengah biliknya ada view klcc. 

Cuma disebabkan lokasinya, view dari bilik mungkin nampak hanya satu menara.

Sesetengah bilik pula dapat lihat dua menaranya, tapi mungkin diapit bangunan sekitarnya.

Bilik anda biasa tatahiasnya.

Tapi sesuailah dengan harganya, kalau dibandingkan dengan hotel sekitar KLCC yang jauh premium harga mereka.

Apapun, dari hotel ini senang nak tarikan KL sekitar menara Petronas itu.

Mall Avenue K ada kat sebelah. Nak ke klcc pun jarak jalan kaki.

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : 9 Kuala Lumpur Hotels with Jaw-Dropping KLCC Views That Will Leave You in Awe

The RuMa

hotel the ruma yag ada view klcc
Harga BiasaRM 880 ++
Harga Bilik View KLCCRM 880 ++
Tempah
Tempah

Hotel mewah lagi classy ini satu lagi hotel dengan pemandangan KLCC. 

Tapi ia hanya terhad di beberapa bilik corner atau suite yang tertulis Twin Tower View.

Jadi hati-hati pilih bilik kalau memang nak buka mata nampak dua menara itu. 

Hotel ini lebih sesuai untuk yang berdua.

Dan gaya luxury nya memang buat anda rasa macam tycoon besar dalam seluruh bandaraya.

TIPS : Ini pula homestay dekat area KLCC kalau anda datang dengan family. Sesetengahnya pun ada view KLCC

Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel di Kuala Lumpur yang ada view lawa KLCC.

Hotel yang termurah adalah Corus Hotel manakala yang dengan view paling kami suka ialah hotel Traders dan Grand Hyatt.

So, anda nak book yang mana?

Hotel Terbaik Kuala Lumpur

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan