Nak rehat bercuti kat Penang, dan nak balik dengan gambar-gambar ohsem untuk instagram anda?
Hotel Warisan Utk OOTD
Kat sini kami senaraikan 10 hotel warisan kat Penang terbaik dan cun melecun untuk anda posing habis-habisan masa cuti nanti.
Yang penting, siapkan baju yang kelas, berlatih posing awal-awal sebab 10 hotel warisan yang bakal anda inapi ini memang cantik untuk OOTD.
Jom kita tengok.
The Edison

Dalam banyak hotel warisan, hotel 4 bintang ini datang dengan class tersendiri.
Kat sini, setiap sudut hotel dan bilik boleh jadi tempat berOOTD.
Kami cukup suka gabungan elemen moden dan tradisi di Edison ini. Bukan sahaja anda sedap berehat di bilik, mata pun sejuk sahaja dengan lobi vintaj dan pool yang kecil tapi tenang serba serbi.
Harga : Dari RM 399
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
7 Terrace

Ini rumah Anglo Cina yang dipulihkan semula menjadi hotel. Dan disebabkan zaman dulu ia memang rumah-rumah mewah, anda akan dapat tengok dan bergambar di kawasan yang serba serbinya antik dan cantik.
Bila makan, anda bakal makan lauk pauk nyonya. Dan bila berehat di bilik, anda bakal terasa seolah-olah balik anda taikun Cina di Penang zaman lama.
Harga : Dari RM 500
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Areca Hotel

Kalau bajet tak mengizinkan, anda masih boleh layan suasana lama Penang kat Areca hotel ini.
Hotel ini cuma ada 48 bilik. Tapi bang, ini dulunya kepunyaan lelaki terkaya kat Penang satu masa dulu.
Susun aturnya klasik. Jadi kawasan nak berOOTD masih banyak cik adik.
Harga : Dari RM 160
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Loke Thye Kee

Hotel yang dibuat dalam kawasan rumah kedai yang ada sebelum perang dunia ini cukup unik.
Dengan dinding bilik berbatu merah, dan hiasan yang amat ringkas, hotel ini membawa anda dunia moden minimalis tapi masih mengekalkan romantik era dulu-dulu.
Kalau anda tidur di sini, gambarnya memang bakal nampak seperti anda berada kat British berkuasa di Malaya.
Harga : Dari RM 190
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Carnarvon House

Dari luar, nampak macam rumah tumpangan Cina. Dan buat anda teringat cerita kungfu Hong Kong.
Kat dalamnya, ada bilik-bilik yang tatahiasanya lama dalam rumah gaya Cina lama.
Harga hotel ini tak mahal. Tapi mungkin kalau anda cuma datang berdua, tak berapa sesuai kalau hati tak kental.
Bukan apa, tak ramai Melayu yang mahu tidur di rumah lama Cina sebegini, walaupun dalamnya cantik untuk posing sana sini.
Harga : Dari RM 99
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Jawi Peranakan Mansion

Hotel 3 bintang di Georgetown ini ada 8 bilik besar dan 6 suite keluarga. Jadi tak ramai yang akan mengacau anda berposing di mana-mana.
Tak seperti kebanyakan hotel warisan di Penang yang selalunya ada gaya Cina, hotel ini ada elemen Mughal India dan juga seni bina Inggeris dulukala.
Kalau anda teliti, anda boleh tengok jubin-jubinnya dan gaya tatahias bangunan yang cukup lain dari yang anda biasa nampak.
Harga : Dari RM 290
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Noordin Mews

Hotel ini dulunya rumah Cina Peranakan tahun 1920an. Dan corak senibinanya masih dikekalkan, dan anda bakal berada di bilik yang datang dengan tingkap kayu besar macam dulu-dulu.
Satu sahaja yang tak seronok tentang Nordin Mews. Tempat ini mesra haiwan peliharaan. Maksudnya, anjing-anjing boleh dibawa masuk ke bilik.
Kalau anda bukan Islam tak ada masalah. Tapi untuk orang Melayu, memang sungguh-sungguh bermasalah.
Harga : Dari RM 450
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
23 Love Lane

Ini satu lagi hotel di kawasan rumah kedai Penang yang kekal dengan unsur nostalgia untuk anda bergambar.
Setiap 10 bilik di Love Lane ini berbeza susun aturnya, jadi anda bakal masuk dan merasai suasana dan perabot antik berlainan setiap kali anda menghuninya.
Tak kisah di luar atau di dalam, ada saja sudut nak bergambar, dari bilik anda sampailah ke taman kecil di luar, peluang ber selfie terbuka berkali-kali.
Harga : Dari RM 350
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Cheong Fatt Tze

Tak perlu lagi kami nak perkenalkan rumah agam Cheong Fatt Tze ini.
Rumah berwarna biru yang kerap menghiasi muka depan majalah pelancongan antarabangsa ini memang port cantik untuk berfotografi.
Kawasan luar dalam hotel anda ini bukan sahaja bersejarah tapi nilainya cukup tinggi. Pembuat dan penghias rumah ini rata-ratanya diimport dari luar negeri.
Walaupun pada kami biliknya biasa sahaja, untuk mereka yang nak betul-betul nak bergambar di rumah bersejarah lagi berseni, tempat ini memang tak boleh lari.
Harga : Dari RM 350
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Macalister Mansion

Kami tutup senarai ini dengan hotel gaya kolonial tahun 1900an yang nampak klasik dari luar tapi moden di dalam.
Pada kami, gabungan elemen moden dan antiknya cukup bergaya, menjadikan setiap inci kawasan ini sesuai sangat untuk OOTD dan penuhkan wall IG.
Kalau anda nak bulan madu dengan cinta hati, dan juga nak balik dengan gambar yang banyak untuk memori, ini hotel yang wajib pergi.
Harga : Dari RM 750
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Semua hotel kat atas kami pilih dengan pelbagai harga. Ada yang mahal, dan ada yang marhaen punya.
So, ada tak rasanya datang tidur dan ambil angin sambil bergambar kat mana-mana hotel warisan Penang ini?
Baca Juga :
* 10 Hotel Bajet Best di Penang
* 7 Hotel Terbaik Untuk Anak-Anak di Penang
* 10 Hotel Best di Penang Untuk Anak-Anak dan Keluarga
* 10 Hotel Best di Penang Untuk Honeymoon, Anniversary
* 10 Hotel Warisan Cun di Penang Untuk IG