Ada Berapa Jeti Ke Langkawi?
Ada 3.
- Kuala Kedah
- Kuala Perlis
- Penang
Berapa Jam Feri ke Langkawi?
Dalam 1 jam. Jeti yang popular ialah jeti Kuala Perlis, sebab lebih murah dan masa lebih singkat di laut.
Tapi ikut andalah ya?
Perbandingan Feri ke Langkawi
Kuala Perlis | Kuala Kedah | Penang | |
---|---|---|---|
Jarak dari KL (anggaran) | 500km | 440km | - |
Perjalanan feri ke Langkawi | 1 jam 15 minit | 1 jam 45 minit | 2 jam 45 minit |
Tambang sehala (RM) | 18 | 23 | 60 |
Tambang sehala kanak-kanak (RM) | 13 | 17 | 45 |
Waktu Operasi | 7pg - 7mlm | 7pg - 7mlm | 8:30pg dan 2ptg |
Kekerapan Feri | Setiap satu jam (kecuali sebelum 10 pagi) | Setiap satu jam (kecuali sebelum 10 pagi) | 2 trip sahaja sehari |
Rujuk jadual penuh di Ferry Langkawi.
Perlu ke Berebut Naik?
Tidak. Melainkan anda tak sabar nak berenang tepi jeti.
Semua tiket sudah siap dengan nombor tempat duduk ye makcik. Bawak bersabaq.
Tips Parking
Tinggalkan ahli rombongan dan beg di jeti. Pemandu cari tempat letak kereta ( sekitar 15 – 20 minit).
Ahli rombongan boleh beratur untuk beli tiket.
Rate Parking Kereta
Lazimnya :-
- Tempat berbumbung RM 15/ sehari
- Tanpa bumbung RM 10/sehari
Masalah Tentang Parking
Meninggalkan kereta selama 3/4 hari di kawasan rumah orang/ padang memang buat anda gundah gulana.
Tapi ini bukan masalah baru.
Cerita membina bangunan parking bertingkat di kedua-dua jeti (Kuala Perlis & Langkawi) sudah lama dirancang dan dibincang (dari 2004).
Apa yang jadi selepas itu, kami tak tahu.