tempat menarik langkawi - kereta kabel

1. Boleh Tak Bawa Kereta sendiri Masuk Pulau?

Ya, dengan feri RORO. Tapi tak berbaloi sebab mahal dari menyewa.

Contohnya, tambang pergi balik Myvi 1.3 anda ialah RM 250. Kalau anda sewa kereta yang sama di Langkawi untuk 3 hari, harganya lebih murah dari itu.

Bila lebih sesuai bawa kereta masuk ke Langkawi?

  • Kalau anda bercuti lebih 4 hari di Langkawi.
  • Kalau anda risau Lamborghini anda kena ”pinjam” nanti.
  • Kalau anda tidak suka memunggah barang berat. Contohnya pinggan mangkuk dll dari kereta sewa, ke feri, dan kemudian ke kereta anda pula.
  • Kalau anda takut naik feri Langkawi. Feri ini selalunya sarat dengan manusia dan barang pada musim cuti sekolah. Dengan RORO anda naik feri jenis lain.

 

2. Apa Cara Untuk Bergerak Dalam Pulau Langkawi?

Ada 5 cara biasa untuk ronda pulau :-

3. Berapa Harga Kereta Sewa?

Bermula dari RM 60/ hari untuk Kancil. Harga makin tinggi apabila tiba waktu cuti umum.

Untuk motor, dari RM 35/ hari. Anda boleh buat sewaan kereta di sini.

4. Cara Kiraan Harga?

Sewa kereta dikira mengikut jam.

Contohnya begini. Jika anda ambil kereta anda di jeti atau airport pada pukul 10 pagi, harga sehari di kira sehingga pukul 10 pagi esoknya.

Jadi jika anda hantar pada pukul 12 tengahari anda terlebih 2 jam. Ada agen kereta yang mengenakan bayaran RM20/sejam kalau anda lewat.

Ada juga yang tidak berapa kisah jika anda hanya terlebih sejam dua.

Kalau anda telah menempah online, agen kereta sewa biasanya menunggu anda di feri atau airport bersama dengan kereta anda. Anda hanya perlu berhubung dengan agen anda untuk memaklumkan jadual feri/ kapal terbang anda.

Petrol dalam kereta selalunya hanya cukup-cukup untuk anda ke stesen petrol terdekat. Jadi terus cari stesen minyak dahulu. Takut belum sampai ke hotel, sudah tersadai.

 

5. Tempat Sewa?

Di jeti, di airport.

Kalau anda mahu menyewa motor dan basikal, banyak tempat menyewa di Pantai Cenang.

Anda juga boleh menghubungi agen secara online. Tapi jaga-jaga sebab banyak scammer.

 

5. Patut Ke Pusing Langkawi Guna Tour Agent?

Ya, kalau anda di Cenang dan datang bukan untuk shopping.

Kalau dah tidur kat sini, boleh layan kawasan Cenang dan ambil Langkawi tour macam island hopping, mangrove tour, sunset tour dari sini. Bukan apa, selalunya agen akan ambil dan hantar anda ke hotel.

Jadi keperluan untuk kenderaan tu minimal.

 

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi

 

 

Jomjalan