design village mall penang

Barang Apa Yang Murah?

Coklat & barangan dapur (pinggan mangkuk etc). Barang lain pun sama, tapi dua ini yang selalu jadi tumpuan.

Semua Barang Murah?

Banyak barang yang murah. Tetapi ada juga yang harganya sama. Atau lebih mahal dari di tempat anda.

Jadi, sebelum ke sini, senaraikan barang yang mahu dibeli. Survey harga di tempat anda dulu.

Bila di sini, boleh compare dan timbangkan berbaloi atau tidak beli di Langkawi

Boleh Shopping Sebanyak Yang Saya Suka?

Tidak. Itu sebab adanya abang dan kakak kastam di jeti/ airport.

Huh? Kastam Buat Apa Situ?

Untuk lambai-lambai tangan, cakap balik lelok, datang lagi nanti tau.

Untuk tahan pelancong yang terlebih bawa balik barang shopping. Mereka akan tahan secara rawak. Dan suruh anda bayar cukai barang yang terlebih itu.

Ikut nasib lah ya?

Apa Pasal Saya Kena Tahan? Dan Disuruh Bayar Cukai di Imigresen?

Sebab harga yang anda beli tu sebelum cukai, dan bersyarat.

Anda hanya boleh membeli barang di sini dan bawa balik tanpa bayar cukai dengan 2 syarat.

  • Anda berada di sini lebih dari 48 jam (tidur 2 malam ke atas)
  • Jumlah barang yang anda beli itu tidak lebih RM 500/seorang.

Kalau anda shopping berkoyan, dan pegawai kastam di pintu keluar pun menitik peluh menyelongkar barang anda (sebab anda beli untuk orang kampung sebelah juga), anda perlu bayar cukai ya?

Rujuk syarat terkini di laman web kastam.

Perkara Wajib : Simpan Resit Hotel/ Feri/ Tiket Datang

Sila simpan resit masuk (seperti resit masuk hotel , tiket feri dan lain-lain). Ini utk buktikan anda berada lebih 48 jam di sini.

Kalau tidak, anda tidak sepatutnya dapat pelepasan cukai pun. Barang yang anda beli di Langkawi anda perlu dibayar cukainya sebelum anda keluar pulau.

Ada Benda di Langkawi Yang Mahal ?

Ya. Harga blik hotel lebih mahal dari Kuala Lumpur. Untuk RM150, kemudahan yang anda dapat biasa-biasa saja — ia mungkin hotel 2 bintang tanpa mini bar dan sarapan.

Harga makan juga lebih mahal. Seperti mana-mana pulau lain di Malaysia, harga makanan di sini  lebih mahal dari Kuala Lumpur.

Tips Penting Untuk Yang Naik Kapal Terbang

Beli alat penimbang mudah alih jika anda balik dengan kapal terbang. Timbang beg anda sebelum balik.

Alat yang berharga bawah RM35 ini akan membantu anda menyelamatkan beratus-ratus ringgit kerana terlebih muatan.

Jika anda balik dengan Airasia, beli baggage anda online. Jangan sampai terlebih berat semasa di kaunter check-in. Confirm menangis nanti tengok harga extra yang kena tambah.

NOTA: Jika ada berhajat ingin menipu kerajaan dengan mengepos sahaja barangan yang dibeli, sebab anda tidak mahu bayar cukai, maaf.

Sebelum dipos, anda masih perlukan deklarasi kastam dan bayar cukai.

Jangan frust ya. Sebab kastam lagi bijak dari anda.

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan