sunset cruise langkawi

 

1. Bila Waktu Terbaik Ke Sini?

Dari bulan 1 sehingga bulan 3, langit selalunya cerah. Ini bulan-bulan bagus untuk ke sini.

 

2. Bila Waktu Kurang Sesuai Ke Sini?

Bulan 9, 10 sehingga awal bulan 11 adalah waktu yang kurang sesuai. Sebab ia selalunya musim hujan lebat.

Air kadang-kadang naik sehingga ada tempat yang banjir. Kalau dah gitu, macam mana nak jalan-jalan atau ambik tour kat Langkawi ni kan?

 

3. Saya Nak Datang Waktu Cuti Sekolah. Sesuai Tak?

Cuti akhir tahun sekolah (November dan Disember) adalah waktu musim hujan sampai ke akhirnya. Selalunya cuaca gerimis dan ada hujan henti-henti sepanjang hari.

Dari segi cuaca, ianya boleh tahan.

Tapi pada waktu ini, Langkawi sesak dengan orang bercuti. Harga bilik dan kereta sewa lebih tinggi dari biasa. Kena rajin cari diskaun dan kupon hotel awal-awal.

 

4. Bila Sepatutnya Saya Tempah Pakej atau Bilik?

Waktu paling ideal untuk menempah hotel di Langkawi ialah 3 bulan lebih awal.

Tapi kalau anda bakal datang pada cuti umum, atau acara penting seperti LIMA Langkawi, tempah 5 bulan lebih awal.

Serious? Ya.

 

5. Bila Waktu Hotel Paling Mahal ?

Waktu cuti tahun baru Cina. Ini waktu paling peak bagi Langkawi. Kes pelancong tidur dalam kereta atau di tepi pantai bukan benda baru.

Ia hampir sama peak seperti LIMA.

 

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan