Selain dari membayar permit kereta (VEP) yang mahal sehingga SGD [currency base=”sgd”]35[/currency], dan caj-caj lain, anda juga wajib tahu berapa harga saman yang perlu dibayar jika anda ditahan menggunakan telefon di sini.
Saman Di Singapore Jika Gunakan Telefon Semasa Memandu
Jika anda tidak tahu, anda mungkin pulang ke Malaysia dengan menangis. Itupun jika anda dapat pulang.
Mulai Februari 2015, jika anda ditahan kerana menggunakan gajet sewaktu memandu, dendanya ialah SGD [currency base=”sgd”]1000[/currency] atau penjara 6 bulan. Dan oleh kerana istilah “mobile devices” dalam undang-undang itu merujuk kepada apa sahaja alat yang boleh digunakan untuk telekomunikasi, ia bermakna tablet seperti iPad atau Tab pun tidak terkecuali.
Denda untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya ialah dua kali ganda kadar di atas.
Yang menariknya, undang-undang ini tidak terhad kepada membuat panggilan atau texting. Hanya memegangnya sudah dikira satu kesalahan — jadi membuka Facebook, Twitter atau memuat turun dokumen Powerpoint pun sudah satu kesalahan.
Sila ambil berat perkara ini. Tabiat anda di Malaysia mungkin menyebabkan anda meraung dalam penjara Singapura!
Gambar: 1nine8four
Kalau hp saya berbunyi pun tengah drive saya tak angkat. Tak concentrate nak drive sambil pegang handphone. Tapi malaysian driver memang degil kat negara sendiri. Peliknya di negara orang okay pulak.
Betul. Sepatutnya begitulah kalau memandu. Yg menakutkan sekarang ramai sangat yg text — dalam kereta dan atas motor.