Mencari tempat minum petang best di Kuala Lumpur dengan orang yang tersayang? Ini dia 10 tempatnya yang kami syorkan.
Senarai Hotel Utk Hi Tea
Kesemuanya di hotel-hotel power di KL, jadi high tea yang bakal anda layan bukan sahaja sedap-sedap, tapi mewah.
Majestic Hotel
Hi Tea Majestic | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 240* |
Hari | Sabtu, Ahad |
Waktu | (12 tgh - 2:30 ptg) & (3 ptg - 6 ptg) |
Tempahan | 03-2785 8000 |
*harga di Orchid Conservatory. Lebih murah jika di Colonial Cafe & Drawing Room |
Suka bunga? Hi tea kat hotel Majestic ini dibuat dalam kawasan penuh orkid, dan dalam hotel klasik.
Dalam bangunan kolonial ini anda boleh rasa makan petang dalam suasana mewah lagi elit, berbeza dari mana-mana high tea yang ada.
Walaupun teh yang dihidangkan dari jenama Twinning (bukanlah teh premium), hi tea di sini sukar ditempah disebabkan tempat duduknya 15 saja.
Wajib book berbulan awal sebab tempat terhad.
Grand Hyatt KLCC
Hi Tea Grand Hyatt | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 158 |
Hari | Isnin - Jumaat * |
Waktu | 12 tgh - 5 ptg |
Tempah Hi Tea | |
* kecuali cuti umum |
Ini pula lokasi minum petang paling popular kat instafamous Malaysia.
Sebabnya? Pemandangan dari restoran Thirty8 di sini power, dessertnya comel belaka dan makanan kat sini pun antara yang terbaik dalam kelasnya.
Pilihan hidangan banyak. Dan tak macam high tea di tempat lain, di sini dibuat secara buffet.
Hotel Four Seasons
Hi Tea Four Seasons | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 296 |
Hari | Setiap Hari |
Waktu | 2:30 ptg - 5:30ptg |
Buat Tempahan | 03-2382 8888 |
Suka bergambar dengan makanan? Kalau ya, makan petang di Four Seasons ideal sangat.
Suasana tempat makan sini ala nyonya. Dan teh petang sini bukan sahaja ada hidangan biasa macam sandwich dan scones, tapi juga manisan yang diinspirasi dari kuih tradisi Cina.
Shangri-La Hotel KL
Hi Tea Shangri-La KL | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 150 |
Hari | Setiap Hari |
Waktu | 3:00 ptg - 6:00 ptg |
Buat Tempahan | 603-2032 2388 |
Menggunakan teh jenama Zesta, high tea di Shangri-La datang dengan hidangan kuih dan manisan yang berlainan bergantung kepada musim.
Untuk Jumaat dan hujung minggu, kalau apa yang anda kudap dari mangkuk tingkat tak cukup, anda juga boleh tambah hidangan dari buffet line yang ada.
Nak best lagi? Minta tempat duduk di tepi cermin. Boleh hadap taman di tepi untuk makan extra happy.
The Ritz-Carlton KL
Hi Tea Ritz Carlton KL | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 150 |
Hari | Sabtu, Ahad |
Waktu | 12 tgh - 6:00 ptg |
Buat Tempahan | dining@ritzcarltonkl.com |
Minum petang kat sini gaya Eropah.
Dan ada pilihan 39 jenis teh, dari teh India dan Cina sampailah ke teh Jepun. Selain 6 pastri, 3 sandwich dan 3 kuih berlauk, anda juga akan dijamu dengan scones dengan 3 pilihan jem.
Kata orang, hidangan Ritz Carlton ini antara afternoon tea terbaik di KL dari segi rasanya.
Meja dan kerusi tersedia untuk yang mahu minum petang romantik berdua.
Tapi ada sofa dan meja besar santai layan high tea beramai-ramai dengan member.
St Regis, KL Sentral
Hi Tea St Regis KL | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 260 |
Hari | Setiap Hari |
Waktu | (2 ptg -4 ptg) dan (4:30ptg - 6:30ptg) |
Buat Tempahan | 03-2727-1111 (ext. 6660) |
Set teh kat sini comel. Warnanya pun pastel.
Duduk santap kat Drawing Room hotel ini pun terasa klasik.
Tak macam di banyak hi tea di kebanyakan hotel KL, teh dan savories kat sini free flow. Jadi kalau rasa belum puas dengan sandwich yang anda baru makan, minta saja lagi dari pelayan yang ada.
Scones di hotel Perancis ini juga dikatakan antara yang terbaik kat KL.
InterContinental KL
Hi Tea Intercontinental KL | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 316 |
Hari | Setiap Hari |
Waktu | 2 ptg - 5 ptg |
Buat Tempahan | 03-2782 6000 |
Di high tea yang dipanggil Secret Garden di sini, sandwich, scones dan kuih berlauk anda dihidang dalam bekas seperti mini kabinet.
Jemu dengan teh? Minta kopi.
Highlight kat sini, kek strawberry cheese dan juga macarons Korea Selatannya.
The Ru Ma
Hi Tea The RuMa KL | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 230 |
Hari | Sabtu, Ahad |
Waktu | 3 ptg - 5:30 ptg |
Buat Tempahan | 03-2778-0888 |
Hotel mewah yang baru dibuka pada 2020 ini ada high tea jenama Voyage Tea. Dessert anda pula ada suntikan perisa tempatan.
Manisan-manisan yang comel kat sini ada rasa pandan, kedondong, kelapa dan acar selain kuih berlauk berinti udang, itik, dan salmon selain scones segar.
Lauk minum petang anda selalu berbeza. Sebab The Ru Ma sentiasa ada kolaborasi dengan jenama antarabangsa (macam Shiseido).
Banyan Tree
Hi Tea Banyan Tree KL | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 296 |
Hari | Setiap Hari |
Waktu | 3 ptg - 5 ptg |
Buat Tempahan | 03-2113-1823 |
Nak pemandangan best? High tea di Banyan Tree ini antara tempat ideal untuk minum petang anda.
Manisan dan kuih di sini bertemakan Perancis. Jadi selain mini donut dan scones, anda juga bakal merasa hidangan seperti landak laut dan minuman seperti capuccino kari.
Pada kami, untuk high tea romantik semasa honeymoon dan anniversary, ini antara tempat pilihan kami.
p/s Kalau suka hi-tea kat tempat tinggi, kat KL Tower pun ada.
Mandarin Oriental, KLCC
Hi Tea Mandarin KLCC | Per 2 Pax |
---|---|
Harga (RM) | 316 |
Ahad | 3 ptg - 6 ptg |
Isnin - Sabtu | 2:30 ptg - 6 ptg |
Buat Tempahan | 03-2380-8798 |
Kalau sesetengah tempat, high tea nya menghadap suasana bandaraya, high tea Mandarin Oriental yang di sebelah KLCC pula menghadap taman KLCC.
Kat sini, makan petangnya ada 60 pilihan teh premium dari jenama TWG. Set teh anda pula comel-comel sebab dari set Naritake, Jepun.
Dessert dan kudapan pula, comel-comel sampai nak makan pun tak sampai hati rasa.
Dah lepas minum petang, layan Aquaria atau galak terus shopping kat Suria KLCC.
Okay semua, Ada banyak lagi minum petang yang kami nak masukkan. Tapi cukuplah dulu dengan 10 high tea di hotel-hotel KL yang dianggap terbaik yang ada dalam bandaraya Kuala Lumpur ini.
10 lokasi ini, cukup untuk dibuat inspirasi dijadikan tempat pembuka selera, santai dengan si dia atau duduk cari idea.
So, yang mana satu nak dicuba?