Hotel butik dipanggil Bedrock dekat Ipoh ni memang mahal harganya untuk bandaraya ini. Tapi yang hairannya biliknya kerap penuh.
Tentang Tarikan Ini :
Tapi bila kami belek teliti, ini rupanya ini 5 sebab ianya selalu penuh.
Cuma ada 10 bilik kat sini


Ini rahsianya mengapa ia selalu penuh. Kalau dengan jumlah bilik begini, tak susahlah mereka nak jaga. Yang kami tahu mereka ada bilik deluxe dan executive kalau anda datang berdua. Dan kalau dengan keluarga, boleh pilih bilik keluarga, suite ataupun duplex. Tapi harganya dalam 2 kali ganda bilik biasa.
Ada Water Filter Dalam Setiap Bilik

Kat hotel ni, setiap bilik ada water filter Coway. Jadi dah tak perlu dah air botol macam kebanyakan hotel yang ada kat Malaysia. Nak air panas nak air sejuk tak ada masalah.
Jarang sangat ada hotel yang boleh supply water filter macam ni.
Siap Ada Mesin Kopi Untuk Setiap Bilik

Kalau anda memang suka minum kopi cuti dekat bilik hotel Ipoh ni memang best. Sebab kalau hotel lain tu kebanyakannya hanya ada uncang kopi untuk anda bancuh, kat sini mereka ada mesin kopi Nespresso khas untuk anda.
Tiap-tiap hari anda dapat 2 kapsul Nespresso percuma.
Saiz Bilik Besar

Bilik kat sini memang betul besar. Kalau ada datang dengan famili memang tak masalah. Orang yang dah tidur sini kata, saiznya buatkan depa rasa macam tidur dalam hotel lima bintang.
Yang menarik lagi katilnya ada bantal peluk. Sinki basuh muka ada 2, dan bilik air anda juga datang dengan bath tub.
Tempat Makan Sedap Dekat

Dekat dengan Bedrock ini ada dua tempat makan terkenal Ipoh. Untuk makan tengah hari anda ada Nasi Ganja. Untuk makan malam anda ada restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.
Untuk orang Cina dia orang memang gila dengan satu kedai ayam garam kat sini, dan juga kedai kopi Yong Suan.

Kalau anda nak pergi ke kawasan tarikan Ipoh macam Koh Heng dengan Concubine Lane dekat saja. Kalau nak ke mall (Ipoh Parade) pun tak jauh mana. Kalau malam ada nak pergi ke Gerbang Malam ia cuma 6 minit jalan kaki dari hotel.
Kalau malas nak drive keluar, Grab kat kawasan ini banyak dan tak perlu bayar mahal (sebab tarikan bandar Ipoh dekat-dekat sahaja).
Pendek kata kalau anda datang Ipoh, dan betul-betul nak berseronok tinggal dalam hotel, ini antara pilihan hotel terbaik kat Ipoh yang ada. Amacam? Ada minat?
Tempah Bilik Kat Bedrock
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |