Dan bila namanya khazanah, kemungkinan anda perlu seluk poket dalam-dalam memang besar.
Resepi ini bukannya resepi canggih — tapi resepi emak chef yang memang dari India.
Dari gambarnya tidak nampak seperti kari, mungkin kerana ia ditabur serbuk emas yang boleh dimakan (jangan tanya kami macam mana). Hidangan utamanya — udang galah, ketam, kaviar dengan 4 biji telur puyuh.
Harganya? RM 11,198 sepinggan. Ini bermakna, kalau anda makan di kedai mamak yang harga karinya RM 7 sepinggan, anda boleh makan kari yang sama, tiap-tiap hari selama lebih 4 tahun, Barulah sama dengan satu hidangan Khazanah Samudera.
Amacam? Ada berani layan kari?
Gambar : Bombay Braisserie, Dailymail UK