Jom Shopping Raya! Ini Penginapan Kat Bukit Bintang Yg Tengah Murah Bilik-Biliknya

Ada terfikir nak turun Bukit Bintang untuk shopping handbag, jam atau kasut raya?

Kami sarankan anda tidur kat hotel atau apartmen kat situ supaya shopping lebih selesa.

Ini ada 3 apartmen dan hotel-hotel Bukit Bintang yang tengah murah berbanding biasa.

Ceylonz KLCC

ceylonz bukit bintang homestay apartment

Penginapan jenis studio kat apartmen jenis studio yang satu ini biasanya berharga sekitar RM 230.

Tapi sekarang anda boleh dapat serendah RM 130 sahaja.

Lokasinya strategik — ia di antara kawasan Bukit Bintang dan Jalan TAR.

Boleh ambil Grab saja untuk shopping kalau anda tak mahu serabut cari parking atau memandu.

Harga BiasaRM 230 ++
Tempah

Gold3 Boutique Hotel

bilik hotel gold3 bukit bintang

Kalau anda datang dengan tren LRT, anda boleh pilih Gold3 Boutique Hotel ini.

Harga biasanya dalam RM 180 tapi sekarang anda boleh dapat sekitar RM 140.

Hotel kecil ini cantik lokasinya untuk anda yang nak jalan kaki ronda satu Bukit Bintang sebab ia kat belakang Fahrenheit88 mall saja.

Dari situ nak ke Pavillion Mall memang tak jauh mana.

Harga BiasaRM 180 ++
Tempah

Travelodge Bukit Bintang

travelodge bukit bintang

Hotel minimalis ini pula kat Jalan Alor, dan ia pun ada promosi untuk anda buat staycation shopping raya.

Harga bilik biasanya dalam RM 170 – RM 190.

Tapi kali terakhir kami semak, anda boleh dapat serendah RM 155 saja.

Biliknya moden dan selesa.

Cukup untuk lepaskan penat ronda cari kasut yang ngam dengan baju raya anda.

Harga BiasaRM 190 ++
Tempah

So, macam mana ?

Antara 3 ini, yang mana pilihan hati?

Book awal tau.

Takut harganya melangit nanti.

Tips : Nak shopping kat area lain? Ini senarai lengkap hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman / Jalan TAR dan ini pula hotel-hotel yang dekat/bersambung dengan shopping mall kat dalam KL.

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan