kad zoo ku zoo negara

Zoo Negara Lancar Program Zooku — Kad Tahunan Untuk Remaja & Kanak-Kanak

Dalam senyap-senyap Zoo Negara melancarkan kad tahunan zoo untuk membolehkan mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah masuk ke tarikan ini tanpa had untuk 365 hari setahun.

Zoo yang dikatakan mempunyai masalah kewangan ini dilihat semakin aktif dengan promosi sejak 2018.

Untuk makluman, harga kad tahunan zoo ini adalah RM 25, satu angka yang berbaloi apabila mengambil kira bahawa harga tiket kanak-kanak sekarang adalah RM 16.

Tawaran kad tahunan ini terbuka hanya untuk warga tempatan. Dan kanak-kanak diwajibkan masuk dengan sekurang-kurangnya seorang dewasa.

Ibu bapa yang mengiringi pemegang kad diberi potongan 25% dari harga tiket di kaunter.

Sayangnya untuk mendapat kad ini anda perlu mengisi borang secara offline dan menghantar/mengutip kad nanti di kaunter zoo.

2 comments

  1. Suzanne Teng

    may i know how to apply and how long to get the card ?
    Thank You .

    1. Iskandar Suhaimi

      Hi Suzenne,

      You may fill the form here and send it to back to the Zoo Negara counter.
      We have no idea about how long it takes to get the card though.

Comments are closed.