Bakal Siap! 2027 Nanti Boleh ke Kota Bharu Naik Keretapi Elektrik Saja

Warga Kelantan dan kaki shopping yang suka ke Wakaf Che Yeh satu hari nanti akan dapat ke Kota Bahru dengan keretapi elektrik.

Dijangka siap hujung Disember 2026, projek ECRL yang menghubungkan Lembah Kelang dan Pantai Timur sekarang dilaporkan 29% siap.

Jadi selain bas, kapal terbang dan kereta api sleeper train, akan ada satu lagi pilihan untuk ke negeri ini.

Stesen ECRL Yang Ada

laluan ecrl tain

Akan ada 14 stesen yang bakal dilalui oleh tren ECRL.

Tren ini bermula di Port Klang dan tamat di Kota Bharu, Kelantan.

Dan stesen utamanya di Putrajaya.

Tiada Stesen di KL Sentral?

kl sentral

Sayangnya kami lihat dari segi sambungan stesen, tidak ada stesen KL Sentral dalam senarai stesennya.

Ini bermakna keretapi laju ETS sedia ada sekarang (dari utara) terhenti di KL Sentral. Dan tidak bersambung secara terus dengan keretapi laju baru ini.

Untuk mengambil tren laju ECRL ini, anda perlu ke stesen Putrajaya terlebih dahulu.

Berapa Lama Sampai?

Dari stesen Putrajaya ke Kota Bharu, masa yang dianggarkan dengan tren laju ini ialah sekitar 4 jam.

Laju keretapi ini dianggarkan sekitar 160 km/j dan jarak yang bakal dilalui ialah lebih 660 km.

Ini lebih laju dari keretapi sleeper, kereta dan bas sedia ada.

Nota : Jenis trek yang bakal dibina membolehkan train pergi sehingga 300 km/j jika perlu.

Ada Tempat Lain Boleh Pergi?

Ya.

Kalau anda nak ke Kuala Terengganu atau Cherating, tren ini pun bakal ada stesen di situ.

sekati emas family
Kredit : Sekati Emas Boat Tour

Bolehlah layan laut tanpa jauh memandu.

So, macam mana?

Teruja atau rasa – eh! baik naik kapal terbang saja?

Jomjalan