butik adidias terbesar asia tenggara di sunway pyramid mall

Kedai Adidas Terbesar Asia Tenggara Ada kat KL. Ni 7 Sebab Anda Wajib Pergi.

Minat brand Adidas? Anda mesti datang ke kedai terbarunya kat Sunway Pyramid.

Kedainya 2 tingkat. Paling besar dalam Asia Tenggara. Baru buka Disember 2021.

Bukan peminat tegar Adidas? Anda masih wajib datang sini. Ini 7 sebabnya.

Kawasan Test & Create

Nak tau kasut sesuai ke tak dengan anda, mesti kena cuba.

Kat sini anda boleh sarung, dan boleh lari kat treadmill. Baru tahu sesuai tak dengan citarasa.

Ada Brand Besar Lain

Kalau anda ada anak kecil, kat sini juga ada t-shirt dan barangan lain yang Adidas buat kolaborasi yang susah nak jumpa kat tempat lain.

Boleh jumpa jenama Disney, Marvel sampai ke Lego kat kedai ini. 

Custom Terus Baju

Nak letak nama ke apa kat jersey, tak payah cari kedai lain. Boleh buat kat sini.

Dari jenis vinyl heat transfer sampailah ke sulaman ada. Masa tunggu pun dalam 45 minit saja. Boleh pi shopping sementara diorang buat kerja.

Kawasan Khas Wanita

Kat sini sports bra nya pun banyak jenis – ikut jenis sukan. Dan kalau tempat lain sports hijabnya sikit, kat sini lebih banyak pilihan.

Tempat persalinan khas untuk cik adik pun ada.

Sentuhan Anak Malaysia

Nak tengok kreatif ke tidak orang Malaysia design kedai, boleh tengok kat sini.

Sebab gaya dalamnya direka design artist Malaysia, Valen Lim.

Jangan terkejut kalau ada jumpa gaya kopitiam Cina.

Ada Hotel dalam Mall 

Sunway Mall ini antara shopping mall terbesar kat Malaysia, jadi lepas layan butik Adidas ini, memang meronta jiwa nak meronda.

bilik sunway resort petaling jaya

Letih? Tak apa. Ada 3 hotel kat sini yang bersambung dengan mallnya. Boleh tawaf kedai dari pagi sampai senja.

Dekat Sunway Lagoon

Sebab terakhir ialah butik Adidas ini dekat sangat dengan Sunway Lagoon

vuvuzela slide di sunway lagoon

Boleh layan taman air, rumah hantu, petting zoo dan macam-macam lagi satu hari kat sini. Alang-alang ada baju seluar, kasut Adidas baru, bolehlah rasmikan kat situ.

Sebenarnya selain kedai Adidas terbesar Asia Tenggara, banyak lagi kedai best baru yang bakal buka 2022 ini.

Yang penting, poket kena lebih kuat dari waktu pandemik dulu.

Kalau tak, jangan sedih. Datanglah untuk cuci mata. 

Manalah tahu kan, kebetulan waktu datang partner anda nak belanja.