16 Kedai Makan Sedap di Ayer Keroh & MITC Melaka Yg Anda Wajib Cuba

Nak cari kedai makan sedap area Ayer Keroh atau MITC?

No problem. Biar kami bantu.

Ini kedai makan menarik waktu siang dan malam di kawasan itu. 

Sarapan

Walaupun kawasan Ayer Keroh dan MITC ada banyak tempat untuk sarapan, kat bawah adalah pilihan kami.

Awang Roti Canai

warung awang roti canai
Kredit : eryana.h

Untuk anda yang dari Ayer Keroh tapi menghala ke bandar Melaka, boleh singgah kat Awang Roti Canai.

Yang kat sini, roti canainya boleh dimakan dengan sambal sotong. Kalau bajet tinggi, boleh order kari jenahak sekali.

Tapi datang awal. Tempat makan dan parking memang terhad. 

Nota : Alternatif kedua kalau memang anda menghala ke bandar Melaka ialah sarapan dalam bandar Melaka saja.

Lokasi : 620, Jalan Delima 10, Taman Bukit Melaka, 75450 Melaka

Putu Piring Tradisional 

putu piring bukit beruang
Kredit : chun_hean82

Warung kecil ini pula tempat tapau kuih putu piring.  Buat makan dalam bilik hotel atau kereta.

Saiznya putu agak besar tapi gebu. Inti kelapa dan gula Melakanya pun cukup rasa.

Jangan terkejut kalau kena tunggu lama. 

Ada orang yang order berpuluh-puluh putunya.

Lokasi : Jalan Bukit Beruang, Kampung Bukit Beruang, 75450 Melaka

Roti Selimut Pak Ali

roti elimut air keroh
Kredit : ustaz_haji_taufik_official

Gerai makan pagi ini memang popular kat Ayer Keroh.

Menu specialnya roti selimut yang intinya sardin, cheese, mayo dan telur. Kalau tak suka cheese pagi-pagi boleh minta roti welding (roti selimut tanpa cheese).

Walaupun ada roti canai biasa, nasi lemak dan lontong, tak sah datang tapi tak cuba menu signaturenya.

Lokasi : Gerbang Ayer Keroh, Lebuh Ayer Kerob, Melaka

Makan Tengahari

Untuk makan tengahari di area Ayer Keroh, antara tempat kena jenguk ialah di sekitar MITC.

Asam Pedas Pak Man

asam pedas pak man ayer keroh
Kredit : husnakelantan

Kedai makan Pak Man ini dikatakan ada asam pedas terbaik kat area Ayer Keroh.

Ia ada pedas pari, tenggiri sampai jenahak. Ikan bakar pun ada.

Harga sedikit tinggi. Tapi tak menghalang orang ramai bertumpu ke sini untuk makan tengahari.

Nota : Ia buka waktu malam untuk menu goreng-goreng.

Lokasi : No 51, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Rumah Makan Cibiuk Ayer Keroh

restoran cibiuk mitc ayer keroh
Kredit : cibiukayerkeroh

Nak makan bersila dengan keluarga? Datang makan kat kedai lauk Sunda ini pula.

Menu kat sini agak berbeza dari lauk Melayu biasa.

Jadi anda akan jumpa nasi bakar, nasi liwet, singkong (ubi kayu) cheese dan sambal-sambal yang berbeza rasa dan tahap pedasnya.

Harga sedikit tinggi. Tapi sesuai dengan saiz hidangan dan vibe makan kat Bali.

Lokasi : 10, Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Ayam Penyet Lamongan

Kredit : kupukupugayat

Peminat nasi gaya Indonesia ada pilihan makan tengahari kat tempat makan ini.

Yang popular kat sini ayam penyet, ayam geprek dan juga pecel lele yang datang dengan 2 keli.

Nak cari pun senang sebab di area MITC.

Lokasi : Malacca International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Malacca

Aida Rich Cafe

aida rich cafe ayer keroh melaka
Kredit : _aidarichcafe

Kat Aida Rich ada lauk asam pedas, nyonya dan Western. Jadi senang nak datang dengan member yang berbeza selera. 

Boleh makan ayam pongteh, ayam masak lemak dan spaghetti sekaligus waktu tengahari.

Lokasi pun dekat MITC. Mudah nak cari.

Lokasi : 54, Jalan TU 42 Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, 75450 Melaka

Zahrin Asam Pedas

zahrin ayer keroh melaka
Kredit : dapur_kecik_naza

Kedai asam pedas kat MITC Ayer Keroh  ini dibuka sejak pagi. Tapi selalunya orang datang untuk makan nasi campur tengahari.

Selain asam pedas dan kari ada ayam percik, ikan bakar dan ulam ulaman juga.

Untuk cuci mulut, cendol dan kuih keria pun anda boleh cuba.

Harga sedikit tinggi. Tapi ada bahagian dengan air cond untuk lebih selesa kat sini.

Lokasi : 20 & 22, Jalan Lingkaran Mitc, Hang Tuah Jaya, 75250 Melaka

Qasreena Cafe

Kredit : asyrafyusofs

Suka makan pedas-pedas? Datang Qasreen Cafe.

Hidangan yang selalu orang pilih kat sini mee racunnya yang pedas berapi. 

Kalau tak suka mee, boleh cuba nasi goreng special.

Makanan Western pun ada, walaupun bukan itu speciality mereka.

Parking pun mudah dan dekat jalan utama.

Lokasi : 15, Jalan Puncak 2, Tmn Puncak Bukit Katil, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Bruh Kitchen Ayer Keroh

bruh kitchen melaka
Kredit : bruhkitchen

Kedai Western milik orang Melayu yang satu ini pula terkenal dengan sajian BBQ gaya Texas.

Selain lauk daging, spaghetti carbonara dan mango cheese cakenya pun kena cuba juga.

Harga? Lebih kurang sama dengan kedai Western biasa.

Nota : Ia juga ada satu branch kat area bandar Melaka.

Lokasi : Lot 25&27 Jalan KF 1, MITC, 75400 Ayer Keroh, Melaka

Makan Petang

Mochee Dim Sum House

mochee dimsum melaka
Kredit : mochee_dimsum

Minat dim sum? Kat Ayer Keroh, ini tempat makan dim sum halal petang-petang.

Walaupun ia banyak pilihan dim sum, ada juga menu lain macam mochi dan wantan mee.

Tempat ini pemiliknya Chinese Muslim. Boleh makan dengan senang hati.

Nota : Ia tepi kedai Asam Pedas Pak Man

Lokasi : 45, Jalan Knmp 2a, Taman Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Cafe Lima Rasa

Kredit : Limarasa

Untuk yang cari kuih kat dalam kedai untuk makan petang yang selesa, datang Cafe Lima Rasa.

Ada banyak kuih Melayu kat sini, dari karipap dan bingka sampai ke seri muka. Tapi yang popular ialah kuih cara berlauk mereka.

Untuk makan berat, nasi ayam pun ada. 

Lokasi : No 58, Jalan Lingkaran Mitc, MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Makan Malam

Dalam banyak-banyak tempat makan kat Ayer Keroh Melaka, ini antara cafe & kedai makan pilihan kami.

Cofeology Cafe & Restaurant

cofeology melaka
Kredit : reen_natasha

Ini tempat makan lauk western kat Ayer Keroh Melaka yang cozy.

Best pekena pizza, chicken chop atau cuma kek dan kopi.

Disebabkan ia buka dari tengahari, nak datang untuk minum petang atau dinner awal pun boleh kat sini.

Saiznya luas. Jadi student MMU pun suka buat port bersantai atau study.

Lokasi : Jalan Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Malacca

Asam Pedas Station

asam pedas station melaka
Kredit : salbiahmas

Kedai ini tak jauh dari Qasreena Cafe. Dan ia tempat layan asam pedas petang dan malam.

Kalau anda dah biasa makan asam pedas ikan, kat sini ada asam pedas tulang kambing.

Harga kat sini lebih murah dari kebanyakan kedai asam pedas lain kat Melaka. Sesuai kalau datang ramai dengan keluarga.

Lokasi : Bukit Katil, Taman Saujana, 75450 Malacca

Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik)

Kredit : bestfood_besteat

Untuk yang nak layan tomyam dengan keluarga, ini kedai makan yang luas untuk jamu selera.

Restoran ini kat atas air. Dan terkenal dengan tomyan dan siakap 3 rasanya. 

Parking kereta senang, dan surau pun ada. Cuma kami sarankan anda anda call dulu takut ada majlis rasmi kat sini semasa anda nak jamu selera.

Lokasi : 48, Jalan Sungai Putat, Sungai Putat, 75450 Bukit Beruang, Melaka

Mohd Chan by the Garden

Kredit : likeastar_likeamoon

KIta tutup senarai ini dengan restoran lauk Cina Muslim, Mohd Chan.

Restoran ini suasananya tenang. Makan selesa, romantik pun ya juga.

Saiz lauk pun besar. Balik nanti tak sepatutnya lapar.

Kalau nak yang ringan, dim sum dan dumpling tersedia.

Walaupun harganya sedikit tinggi, ia kena dengan suasana restorannya. Jangan datang lambat, takut lauk habis sebab tempat ini popular.

Lokasi : Taman Seribu Bunga, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Okay, lengkap sudah senarai tempat makan menarik di Ayer Keroh untuk anda yang menginap sekitar area ini.

Pilihan kedai best tak sebanyak di bandar Melaka, tapi cukup untuk anda yang cuti sehari saja.

So, anda nak try tempat makan yang mana?

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan