Orang kata banyak tempat makan sedap di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Kedai Makan Sedap di Bukit Bintang
Tak mengapa. Kami bantu anda.
Ini 17 kedai makan best di Bukit Bintang untuk semua muslim yang datang, tak kisahlah anda dari negeri lain atau dari luar Malaysia.
Kedai Melayu Best
Disebabkan ini kawasan Cina, kedai makan sedap dan halal Melayu banyak terhad kepada fast food sahaja. Ini kedai makanan Melayu sedap di Bukit Bintang pilihan kami.
Nasi Lemak Alor Corner
Untuk yang lapar pagi-pagi disebabkan hotel anda tak ada breakfast free, Nasi Lemak Alor Corner ini ada nasi untuk sarapan pagi.
Kalau rasa nasi berat sangat, ada juga mee, mihun dan kuih muih untuk anda tapau balik ke bilik.
Lokasi : Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 7 – 11:30 pagi
Restoran Congkak
Nak merasa nasi ambeng, kerabu pucuk paku atau rendang tok kat masa cuti kat KL?
Datang kat restoran Congkak ini.
Tempatnya tersorok sikit, dan baru dibuka, jadi tak ramai yang tahu kewujudannya.
Tapi kalau nak merasa lauk Nusantara, datang sini dan cuba.
Harganya premium dari kedai biasa.
Kalau bajet rendah, boleh ambil set tengah hari yang di bawah RM 20 seorang.
Lokasi : 24, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Tutup Isnin | Hari Lain : 12 tgh – 10 mlm
Serai Restaurant
Restoran dalam Pavillion ini ada bermacam makanan, dari Melayu sampailah ke Thai.
Jadi tak kisah anda datang dengan siapa, banyak selera yang boleh restoran ini layan.
Nak nasi kerabu, satay atau steak dan salmon?
Boleh saja. Siapkan ringgit lebih ye?
Owner Serai dan barisan pengurusannya Melayu.
Insyaallah sedap dan halal.
Lokasi : Lot 7 . 01 . 04, 168, Pavillion Mall, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 11pg – 10mlm
Burger on 16
Cafe banyak kat Bukit Bintang ini.
Tapi yang halal atau dipunyai orang muslim sikit.
Kalau anda nak makan burger dan minum milk shake malam-malam, ini kedai burger yang dikatakan paling terkenal kat kawasan Bukit Bintang.
Tapi sebelum pergi, check akaun bank dulu.
Harga burgernya sahaja bermula dari RM 17 ke atas bang!
Lokasi : 16, Lorong 1/77a, Imbi, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 11pg – 11 mlm
Kampung Baru
Bukit Bintang sebenarnya tak jauh sangat pun dari kawasan Kampung Baru, iaitu kampung Melayu dalam bandar KL.
Kalau nak makan sedap yang murah dan halal, boleh explore kedai makan kat Kg Baru.
Tinggalkan kereta. Order Grab sahaja.
Kedai Mamak Best
Kedai mamak bersepah kat Bukit Bintang. Tapi ini kedai-kedai makan mamak sedap yang kami dan ramai lagi syorkan dalam kawasan ini.
Tgs Nasi Kandar
Kedai mamak Tgs Nasi Kandar ini buka 24 jam.
Jadi lapar bila saja, makanan tersedia.
Nak makan lauk tengahari panas-panas, datang seawal 10:30 pagi atau 11.
Tapi kalau tak mahu berat, boleh cuba naan dan murtabaknya.
Yang kurang bestnya, dia bukan kat jalan utama.
Jadi kena berjalan lebih sikit kalau hotel anda bukan sekitar Jalan Alor.
Lokasi : 5, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 24 jam
3 Tarikan Paling Top Kat KL
Beriani Asif
Nak upgrade sikit selera mamak itu?
Okay, boleh cuba makan beriani dan order naan kat beriani Asif.
Restoran Pakistan ini lebih selesa dari mamak kalau bercuti berdua dengan si dia.
Harga keras dari mamak biasa, tapi rendah sikit dari kedai Arab kat Bukit Bintang yang ada.
Nak lauk special? Cuba daging rusanya.
Lokasi : 7 & 9, Jalan Padang, Jalan, Lorong Walter Granier, Imbi
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10pg – 10mlm
Kedai Arab Best
Nasi Arab kebanyakannya mahal kat mana sahaja. Tapi kalau anda datang KL sekali sekala dan nak merasa kebab (walaupun pagi buta), ini beberapa tempat menu Arab yang sedap kat Bukit Bintang yang ada.
Shawarma Damascus
Restoran Syria yang ada di tepi jalan Bukit Bintang ini tempat mencari shawarma, nasi Arab dan falalel (bebola berasaskan kacang).
Kedai ini kecil sahaja, jadi sesuai untuk anda yang nak makan ringan-ringan sebelum teruskan perjalanan bershopping kat Bukit Bintang.
Harga mula dari RM 9.
Dan naik ke berpuluh ringgit kalau anda nak nasi.
Lokasi : 111, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 8pg – 4am
Damascus BBQ
Kedai Arab di sebelah hotel Wolo ini kedai Arab sedap yang harganya sedang-sedang sahaja.
Yang selalu laku di sini shawarma, sebab harganya bawah RM 10.
Harga nasi mandi dan biryaninya mahal tapi lauknya banyak, tak macam tempat nasi Arab lain.
Kalau dah di sini, jangan lupa order jus mangga atau avocadonya.
Lokasi : Bukit Bintang Street, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 8 pg – 5 pg
Halab KL
Halabi KL antara restoran Arab paling popular dalam kawasan Bukit Bintang.
Dan kalau ikut cerita orang kita yang pernah duduk Timur Tengah, rasanya memang hampir sama macam kat sana.
Senang cerita, ia tempat yang bagus kalau nak berkenalan dengan lauk dan selera Arab.
Disebabkan ia restoran, expect harga nasi dalam RM 25 ke atas sepinggan.
Dan airnya memang mahal, jadi datang kalau poket sihat.
Oh, sebaiknya tempah dulu sebab ia selalu penuh.
Lokasi : 35, Jalan Berangan, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10pg – 11mlm
Al Halabi Gourmet
Kalau anda datang ke Bukit Bintang dengan isteri atau sedang honeymoon dan nak tempat classy, datang ke Al Halabi.
Suasana dalamnya lebih selesa dan sesuai untuk makan dalam suasana yang tenang.
Tapi harganya tinggi.
Sepinggan nasi dalam RM 45.
Hanya masuk kalau berani.
Lokasi : Lot 7 . 01 . 06, 168, Pavillion Mall, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10 pg – 10 mlm
Tarbush Restaurant
Kedai makanan Arab yang sedap ini bakal bawa anda masuk ke suasana kat Timur Tengah sana.
Terasa bukan kat Malaysia, lebih-lebih lagi bila waktu ramai pak Arab.
Macam biasa, ada nasi, shawarma dan macam-macam pencuci mulut untuk dipilih.
Yang tak bestnya, harga air minum di sini bakal buat anda gosok mata berkali-kali.
Setakat berbelas secawan itu biasa, haji.
Lokasi : 138, Bukit Bintang Street
Waktu Operasi : Setiap Hari : 9pg- 2pg
Kedai Cina Best
Kedai makan sedap kat Bukit BIntang memang kebanyakannya kedai Cina. Tapi nak mencari yang halal punya memang bercinta. Ini kedai-kedai terbaik dan halal yang kami jumpa kat kawasan sekitarnya.
Nasi Ayam Chee Meng
Kedai nasi Ayam kat Bukit Bintang ini memang premium sedikit harganya disebabkan lokasinya yang kat kawasan ramai pelancong.
Kalau anda teringin nak merasa apa bezanya nasi ayam cina dengan nasi ayam Melayu, tak perlu pergi ke Ipoh. Boleh cuba makan tengahari kat sini saja.
Sijil halal terpapar besar kat pintu kedai, jadi don’t worry.
Lokasi : 50, Bukit Bintang Street
Waktu Operasi : Setiap Hari : 11 pg – 8:30 mlm
Al Amber
TERKINI : Restoran ini mungkin telah ditutup semasa wabak Covid.
Kalau nak merasa lauk Cina halal yang lebih dari nasi ayam, jemput ke Al-Amber.
Cuma kalau Chee Meng di tepi jalan, yang ini restoran yang lebih selesa.
Restoran ini ada lebih 80 menu Cina, dan letaknya dalam mall Pavillion.
Jadi tak perlu payah nak keluar ke jalanraya.
Untuk peminat mee, kat sini ada banyak pilihan sajian mee tarik.
Dan dengar cerita rempahnya dibawa terus dari Cina untuk bagi rasanya sama macam kat sana.
Lokasi : Lot 7 . 01 . 02, 168, Pavillion Mall, Bukit Bintang
Waktu Operasi : 11pg- 10mlm
Kedai Korea, Jepun Best
Untuk yang jemu dengan tomyam, apa kata kita layan rasa dari Timur pula. Kat bawah ini kedai-kedai makan sedap di Bukit Bintang yang ada lauk atau citarasa Jepun dan Korea.
4 Fingers
Nak makan nasi, walaupun lauk luar negeri? Cuba 4 Fingers saja.
Kalau anda dari luar Kuala Lumpur dan Selangor, kedai fast food ini tak berapa dikenali.
Tapi kalau anda dah cuba sekali, ayam goreng resepi Koreanya memang buat anda termimpi-mimpi.
Dan kalau tak dapat makan kat sini, boleh cuba kat cawangan lainnya yang ada kat banyak mall kat KL ini.
Lokasi : G-08B & 09, Ground Floor, Berjaya Times Square
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10pg – 10mlm
Suki-ya
Nak makan ramen dan gyudon? Masuk kat Suki-ya yang ada kat Tokyo Street ini.
Kat sini, anda bayar RM 35, dan anda diberi masa 2 jam untuk makan.
Daging, memang free flow.
Walaupun ia tiada logo halal, dagingnya diambil dari supplier halal.
Sup dan sosnya juga tak dicampur alkohol atau mirin.
Kedai ini pork-free.
Dan yang menyebabkan ia tiada sijil halal ialah kerana beer dibenarkan diminum di sini.
Lokasi : Lot 6 . 24 . 04, 168, Bukit Bintang Street, Pavillion
Waktu Operasi : Setiap Hari : 11pg – 10mlm
KyoChon 1991
Satu lagi restoran Korea yang famous dengan ayam goreng sedapnya yang anda boleh cuba ialah Kyo chon 1991.
Kedai dalam Pavillion mall ini belum lagi dapat sijil halal Jakim.
Tapi ayamnya dari supplier yang disahkan halal, dan begitu juga sos-sos yang digunakannnya.
Tapi jangan datang waktu tengah hari sebab masa menunggu boleh jadi dalam 1 jam.
Lokasi : 168, Bukit Bintang Street, Pavillion Mall, Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10:30pg – 10 mlm
Sebenarnya banyak lagi kedai sekitar Bukit Bintang yang sedap.
Tapi yang menjadi masalahnya, status halalnya kami ragui.
Kalau anda tahu kedai makan sedap dan halal kat kawasan ini boleh share kat komen bawah ini.