Nak jamu selera kat kedai-kedai makan sedap, dan famous kat Georgetown masa cuti kat Penang nanti?
Tempat Makan Sedap, Halal kat Georgetown
Jom tengok apa kedai sedap kat pekan Georgetown yang boleh anda layan cuti nanti.
Kedai Melayu / Indonesia
Walaupun sinonim dengan mamak dan mamu, Georgetown dan kawasan pesisirnya ada kedai-kedai dan restoran Melayu dan juga kedai lauk Indonesia yang halal dan sedap untuk anda.
Nasi Padang Minang

Kedai kat Transfer Road ini ada hidangan lauk Padang Sumatra — ngam sangat untuk yang nak lauk Indonesia masa cuti kat Penang nanti.
Ada 40 lauk campur, dengan daging dendeng antara lauk hit.
Bila datang, cari meja dulu takut nanti tangan ada lauk, tapi tak ada tempat makan.
Nota : Jangan lupa juga yang kat jalan ini juga ada roti canai Jalan Transfer yang famous kalau anda nak anda singgah untuk sarapan nanti.
Lokasi : 92, Jalan Transfer, Georgetown, George Town, Penang
Harry Potter Cafe

Kedai kat sebelah Muzium Gelas Penang ini tak besar mana dan pilihan lauk pun sikit saja.
Tapi untuk anda yang ada dalam Georgetown, ini kedai Melayu dengan nasi tomato power.
Ayam rose dengan daging masak hitamnya pun sedap juga.
Nota: Jangan keliru dengan satu cafe lain yang dipanggil Once Upon a Time Cafe yang dalamnya macam dalam movie Harry Potter. Cafe itu bukan kedai lauk Melayu, dan ownernya bukan muslim.
Lokasi : Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Nasi Melayu Lidiana

Kedai makan Melayu ini kat luar pekan Georgetown, dan sesuai untuk anda yang dalam perjalanan ke Batu Feringghi.
Kedai kat foodcourt ini bertentangan dengan Masjid Terapung Tanjung Bungah, dan ada nasi campur untuk makan tengahari.
Datang sebelum pukul 11 pagi.
Pertamanya sebab kedai ini buka dari pagi.
Dan kedua, kalau datang pukul 12 tengah hari, susah nak cari meja kerusi.
Lokasi : 11200 Tanjung Bungah, Penang
[static_content id=”29536″]
Syazana Nasi Melayu

Kedai dekat dengan stadium dan Lorong Kulit ini memang kedai makan Melayu yang orang Penang biasa layan.
Kedai ini cuma salah satu kedai kat food court ini yang ada lauk campur.
Datanglah untuk lunch, kalau-kalau anda ada masa itu kat kawasan ini.
Lauk hit sini — ikan cencaru belah belakang.
Lokasi : Lilitan Stadium, 10460 George Town, Pulau Pinang
Nona Bali Restaurant

Nak ke Bali, tapi cuma dapat ke sini?
Sabar ye?
Datanglah kat restoran ini buat lepas rindu lauk-lauk bercili.
Restoran ini selesa, dan lauknya juga dikatakan lauk Indonesia paling sedap kat Pulau Pinang ini.
Cuma harganya tahap hotel, jadi tak boleh makan selalu.
Yang murah, macam set makan tengaharinya pun bermula dari RM 25 seorang.
Kedai ini ownernya bukan Islam.
Tapi tukang masaknya semua orang Islam dan bahannya diambil dari sumber halal.
Lokasi : No 25 Lebuh Sungai Pinang, 5, Karpal Singh Dr, 11600 George Town
Nasi Tomato Batu Lancang

Peminat nasi tomato kat Penang kata ini antara tempat jual nasi tomato wajib tuju masa cuti kat Penang nanti.
Tahapnya warung saja, dan kat flat Seri Damai.
Tapi ramai datang untuk makan tengahari.
Kalau nak tambah variety kat nasi tomato anda, selain ayam dan daging boleh saja order sotong sambal.
Warung in bagus untuk tapau sebab tempat duduk terhad sangat.
Lokasi : 25, Lintang Batu Lancang, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
Kesum Art

Kedai Melayu kat tepi masjid Kapitan Keling ini antara kedai Melayu hipster yang ada suasana santai buat anda yang datang honeymoon berdua.
Kat sini, lauknya gaya Melayu Johor.
Ada asam pedas ekor, mee rebus udang dan juga kudap-kudapan dan makan ringan macam pulut hitam dan gado-gado.
Macam kebanyakan kedai hipster yang ada, harga tinggi dari biasa — tapi anda sudah tahu dari gaya dekor nya saja.
Nota: Tak jauh dari sini ada Nasi Kandar Beratur Original dan juga Jawi House Cafe Gallery. Untuk bergambar, anda dah dekat dengan mural Armenian Street.
Lokasi : 104, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang
Jawi House Cafe Gallery

Ini antara cafe kat Penang yang ada fusion Melayu dan Western.
Owner dan chef kat sini Melayu.
Dan suasana cafe sini dibuat gaya antik dengan lauk Jawi Peranakan (kacukan Arab, India, Turki, Melayu).
Kat sini signature dishnya Nasi Lemuni.
Tapi cuba juga Jawi Bamieh dan Jawi biryaninya untuk rasa beza makanan mereka dengan Melayu Malaysia.
Disebabkan suasana antiknya, tak sesuai bawa anak anda, kecuali mereka jenis yang boleh duduk diam sentiasa.
Lokasi : 85, Lebuh Armenian, George Town, Pulau Pinang
Restoran Minah

Tak lengkap mana-mana kedai makan Melayu viral dan sedap kat Georgetown kalau tak ada Restoran Minah.
Dibuka dari pagi, restoran ini sudah wujud sejak tahun 50an lagi.
Dan ada kari kepala ikan, ikan bakar sampailah ke pucuk paku, ulam-ulam dan kerabu.
Untuk yang bercuti dengan mak ayah yang berusia, boleh datang sini untuk layan lauk yang sesuai dengan selera mereka.
Harga lauk sedikit tinggi dari biasa.
Lokasi : Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Nasi Campur Awet Muda

Kedai nasi campur ini kat pesisir Georgetown.
Sesuai untuk mak ayah yang melawat anak kat sekitar USM.
Kat sini lauknya ala kampung, pilihan banyak dan harganya pun murah.
Tapi datang awal sebelum pukul 12 tengahari pagi supaya tak bersesak nanti.
Sebab parking pun payah kat sini.
Ulam kat sini banyak.
Boleh makan dengan lauk special macam gulai ikan semilang ataupun gulai kijang.
Lokasi : 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Kedai Mamak
Senang sangat kalau nak mencari nasi kandar dan kedai mamak sedap kat Georgetown. Untuk senarai penuh, boleh rujuk senarai kedai mamak sedap sini. Tapi yang bawah ini antara tempat makan best, terkenal dan halal kat Georgetown ini.
Ramzan Restaurant

Ini kedai makan mamak yang famous untuk makan pagi — boleh order roti canai atau capati dan cicah pula dengan kuah sardin atau itik kari.
Lauk kat sini tak banyak, dan tak sesuai kalau anda nak makan nasi kandar, dan suka tengok lauk mamak sana-sini.
Tapi kalau datang tengahari, orang recommend try nasi biryani.
Lokasi : 48, Lebuh Ah Quee, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Deens Maju

Bukan kaki kari kalau tak pergi ke Deens Maju ini sebab ini antara kedai mamak paling famous kat Georgetown.
Kalau bosan dengan nasi kandar, boleh juga try nasi dalca atau nasi tomato.
Ada yang kata ini tempat makan nasi kandar best — tapi untuk tekak orang luar.
Sebab orang Penang pula lebih suka pergi pekena lauk kat Mohammad Rafee.
Lokasi : 170, Jalan Gurdwara, George Town, Penang
Nasi Kandar Mohammad Raffee

Ini kedai mamak Penang yang kadang-kadang lebih ramai Cina dari Melayu.
Kat sini, lauknya tak banyak mana.
Tapi itu yang bagus, sebab lauk yang orang biasa order ialah ayam bawang dan juga ayam gorengnya. Sesuai untuk bajet traveller.
Harganya pun mesra poket untuk makan hari-hari, walaupun anda order nasi biryani.
Lokasi : 295-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Penang
Hameediyah

Ini kedai mamak legend. Sebab ia kedai nasi kandar paling tua dalam Malaysia.
Kalau resepi lebih 100 tahun belum jadi alasan bagus untuk datang, pilihan menunya bakal jadi penyebab untuk anda masuk merasa.
Ada ayam kurma, ayam bawang, kari kepala ikan sampailah ke lauk burung merpati.
Kalau tak mahu nasi kandar, boleh order juga nasi biryani ataupun murtabak-murtabak yang ada macam-macam inti.
Nak makan tenang-tenang dengan aircond?
Boleh naik tingkat atas. Tapi kalau order, tahan sikit nafsu makan anda — harga lauknya tinggi dari mamak biasa.
Lokasi : 164, Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang
Nasi Kandar Merlin

Kedai ini satu lagi kedai nasi kandar mamak famous kat Penang.
Dan bagusnya sebab lauk yang biasa orang order ialah ayam gorengnya. Save bajet.
Bila order makan, jangan lupa minta kuah hitam atas kuah campur anda.
Nota : Kedai ini dekat dengan Muzium 3D Penang.
Dan kalau jalan sikit lagi, boleh sampai ke kawasan Downing Street yang bangunannya nampak macam oversea — boleh nak OOTD.
Lokasi : 1A Union Street Georgetown, Pulau Pinang
Kedai Siam
Nak rasa lauk Thailand masa cuti kat Penang nanti? Ini ada beberapa kedai makan Siam yang sedap kat area Georgetown yang boleh anda cuba.
Furqan Tomyam

Kalau tekak terasa nak makan tomyam malam-malam, ini antara kedai Tomyam dalam pekan yang buka, dan sedap rasanya, walaupun kedai nya kecil saja.
Harga tak mahal mana, dan pilihan menunya pun beraneka.
Boleh pilih dari tomyam santan dan siakap stim sampailah yang kerabu sotong dan telur dadar.
Lokasi : 22, Jalan Datuk Koyah, George Town, Pulau Pinang
Nana Tomyam

Kedai kat Transfer Road Penang ini antara kedai lauk Siam yang murah dan halal kat kawasan Georgetown.
Kedai ini buka mulai waktu makan tengahari.
Kalau tak mahu cuma lauk Siam, ada lauk Melayu yang boleh anda order sekali.
Kalau bajet lebih, boleh try siakap 3 rasa.
Lokasi : 6 A, Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang
Kedai Arab
Kat area Georgetown, ada beberapa kedai makan Arab. Tapi ini yang pada kami boleh anda terjah kalau terasa nak makan ayam mendi dan manisan Arab masa cuti Penang nanti.
Halab Penang

Kalau ada satu kedai Arab yang patut anda pergi di Penang ini tempatnya.
Restoran yang nampak macam muzium ini cukup selesa.
Dan selain lauk Arab biasa (ayam mandi, shawarma) ada macam-macam lauk Syria lain yang jarang anda dengar.
Untuk yang datang honeymoon, ini tempat best makan.
Lauk power dan suasana pun relax saja.
Lokasi : 381, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Mr Shawerma

Kedai Arab ini ada 4 cawangan dalam Penang.
Yang paling senang nak cuba, kat dalam food court shopping mall Gurney Paragon.
Anda boleh pilih nasi atau pun shawarma dan juga lauk sizzing untuk makan dengan nasi ataupun roti.
Berdiet?
Salad pun ada.
Lokasi : Food Court Plaza Gurney Shopping Mall, Penang
Nasi Bukhari Mendi Sajid Khan

Kedai Arab yang simple dan nampak macam kedai mamak ini lokasinya kat Ivory Tower.
Kat sini, anda boleh rasa lauk original Arab dengan order maklubah kambing, ataupun nasi mendi ayam dan kambingnya.
Kalau datang ramai dan nak makan dalam talam, pun boleh saja.
Walaupun ini kedai arab, ia masih ada roti nan cheese.
Kalau nak shawarma, ada gerai tepi kedai ini yang jual shawarma.
Lokasi : Plaza Ivory, 2-1-25, Halaman Bukit Gambir, Sunway Bukit Gambier, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Kedai Western
Untuk anda yang tekak London, dan nak makan fish and chips, burger, pizza dan lauk Western masa cuti, ini kedai makan sedap yang halal kat Georgetown.
Cafe Lagenda

Ini cafe yang diinspirasikan oleh seniman lagenda Tan Sri P Ramlee, dan ada 2 jenis lauk — Western dan Melayu.
Kat sini ikan bakar, rendang lembu, ayam penyet dan juga gado-gado.
Pada masa sama, waktu pagi ada french toast dan egg benedicts.
Pasta, seabass, meatball pun ada juga.
Suasana cafe santai, dengan lagu lama diputar masa anda layan lauk.
Sesuai untuk bawa famili lari dari scene kari masa cuti.
Lokasi : 2, Lebuh Carnarvon, George Town, Pulau Pinang
US Pizza Penang

Kedai US Pizza ini memang ada banyak cawangan kat Malaysia.
Dan kalau nak layan pizza halal masa cuti kat Penang, ini antara tempatnya, lagi-lagi kalau anda nak rasa pizza lain dari Dominos atau Pizza Hut.
Kedainya kat Penang kecil saja.
Tapi pizza ala Malaysia macam Pizza durian ada untuk waktu terhad, khas untuk anda yang nak cuba.
Nak lagi power?
Kalau tak kisah mulut bau power, cuba pizza sambal udang petainya.
Lokasi : 3-D, Lorong Delima 1 Jelutong, 11600 George Town
The Table

Ada yang kata ini antara kedai Western halal paling sedap kat Penang — walaupun saiz kedainya kecil, dan parking pun payah.
Kat sini, antara menu famous nya ialah spaghetti dengan buttermilk chicken.
Selain itu, cafe ini juga ada burger power dengan home made patty nya.
Kalau tak tahu nak order apa, minta the Table Full House.
Ada serba sedikit lauk dalam satu pinggan — spaghetti, lamb shoulder, meatball dan lain-lainnya untuk kongsi sama-sama.
Jangan lupa juga order teh, kopi dan juga kek-kek yang ada.
Cafe ini buka untuk waktu malam saja.
Lebih baik call dan reserve tempat duduk sebab meja tak banyak mana.
Lokasi : 27, Lebuh Carnarvon, George Town, Pulau Pinang
More by Arang Coffee

Tempat ini mahal sikit.
Tapi suasananya santai dan sesuai untuk lepak minum kopi masa cuti.
Kat sini ada spaghetti dan pasta, fish and chips sampailah ke, sandwich dan burger.
Nasi lemak dengan Hainan chicken chop pun ada.
Walaupun popular lebih dengan pengunjung Cina, kali terakhir kami check, cafe ini ada sijil halal JAKIM yang sah sampai Ogos 2021.
Lokasi : 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang
JS 17 Cuisine

Kat sini, speciality nya burger home dan juga sos cheese nya yang dikatakan home made.
Kalau anda datang, boleh cuba menu rare yang susah jumpa kat tempat lain, contohnya burger ketam kulit lembut.
Macam kedai western Melayu lain, kalau nak layan burger dengan teh tarik memang ini tempatnya.
Lokasi : 61, Lebuh Pantai, George Town, Pulau Pinang
Okay guys, ini sejumlah tempat tempat makan dan restoran halal yang sedap dan best kat Georgetown Penang yang buat ini jadi syurga makanan Asia.
List ini bakal kami update dari masa ke semasa, dengan harapan senarainya bertambah untuk anda terjah.
So, kedai makan sedap yang mana satu nak dicuba?