Ini 7 Kedai Makanan Cina atau Nyonya Halal Yg Best Kat Melaka

Nak mencari restoran atau tempat makanan Cina yang halal kat Melaka?

No problem. Biar kami bantu.

Ini 5 kedai lauk Cina sedap yang ada halal Jakim atau pemiliknya muslim.

Mochee Dim Sum

mochee dimsum melaka
Kredit : mochee_dimsum

Untuk anda yang mengidam dimsum halal, boleh lah ke Mochee Dim Sum ini.

Pilihan dimsum premium kat sini memang banyak. Dalam 50 – 70 jenis. Tapi ia juga ada mee dan juga mochi.

Datang lepas Asar. Sebab ia dibuka pukul 4 ke atas saja. 

Status Halal : Pemiliknya muslim.

Tips : Ia sebelah kedai Asam Pedas Pak Man (yang juga popular di Melaka).

Lokasi : 45, Jalan Knmp 2a, Taman Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Mee Tarik Warisan Asli

mee tarik warisan asli mahkota parade
Kredit : MeeTarik

Dalam banyak-banyak tempat makan lauk Cina yang senang nak jumpa ialah Mee Tarik Warisan Asli ini.

Sebab ia dalam mall Melaka Parade.

Makanan kat sini dimasak oleh Chinese Muslims dari Xinjiang.

Selain hidangan signaturenya iaitu mee tarik, ia juga ada dumpling untuk dicuba. 

Status Halal : Pemiliknya muslim.

Lokasi : F17 First Floor,Mahkota Parade,Bandar Hilir,Melaka

Bara Bara Api Steamboat & Grill

bara bara api steamboat
Kredit : barabaraapisteamboatgrill

Restoran dengan cara makan ala Cina ini milik orang Melayu.

Dan ia antara tempat makan popular bila malam di kawasan bandar Melaka.

Pilihan lauk banyak, dari daging dan seafood kepada aiskrim.

Yang bestnya makan begini, bayar sekali, makan sampai puas hati.

Status Halal : Pemiliknya muslim.

Lokasi : 31, Jalan Kristal 1, Tmn Limbongan Indah, 75200 Melaka

Atlantik Nyonya

atlantic nyonya
Kredit : atlanticone

Restoran dalam bandar Hilir Melaka ini memang popular dengan hidangan nyonya asli.

Antara yang popular kat sini ayam ponteh dan nasi nanas nya.

Tapi hidangan nyonya lain pun power.

Ia sesuai untuk makan tengahari, walaupun harga hidangan kat sini agak tinggi.

Cuma waktu menunggu kat sini agak lama. Jangan datang dengan perut kosong saja.

Status Halal: Ia ada halal Jakim.

Lokasi : 145, Jalan Kubu, Kampung Satu, 75300 Melaka

Nasi Ayam Baba

nasi ayam baba melaka
Kredit : NasiAyamBaba

Nak lauk CIna tapi dimasak orang Melayu? Datang ke sini.

Sebab walaupun nasi ayamnya dibuat gaya Cina, pemilik dan krewnya orang Melayu.

Untuk lengkapkan makan tengahari anda, order juga dim sum nya.

Status halal : Pemiliknya Muslim

Lokasi : 30, Jalan pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka

Jit Fan

Kredit : jitfanrestaurant

Kalau anda nak nasi ayam Cina asli, ada kat Jit Fat ini.

Macam kedai nasi ayam Cina biasa, anda boleh pilih ayamnya — nak bahagian mana dan berapa besar yang cukup untuk selera anda.

Bila kat sini, cuba juga rice ball mereka.

Status Halal : Ada halal Jakim.

Lokasi : No. 21 Jalan PNBBU 1 Pusat Niaga Utama, Bukit Baru,75150 Melaka

Mohd Chan 

Mohd Chan by The Garden ada kat Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh.

Pemiliknya, seperti yang ramai tahu, Chinese Muslim dan ada restoran di seluruh Malaysia.

Restoran ini cukup selesa. Sesuai untuk berdua ataupun keluarga. Dan lauk pauk Cina untuk dipilih banyak.

Yang penting, bajet anda kena lebih untuk rasa masakan yang enak-enak.

Status halal : Pemiliknya muslim.

Lokasi : Taman Seribu Bunga, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Okay. Cukup kat sini dulu senarai kedai makan masakan Cina di Melaka yang halal atau pemilik nya muslim untuk anda cuba.

Ada untuk makan tengahari dan ada untuk petang dan  dinner.

Rasa-rasanya yang mana nak dicuba?

Penting : Seperti mana-mana perniagaan lain, ada kemungkinan kedai Cina halal dalam senarai kami bertukar tangan selepas tulisan ini. Jika anda tahu bahawa ada kedai di atas tidak lagi mempunyai status halal, sila maklumkan kami untuk kami kemaskini senarai ini.

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan