Dah terbayang nasi kandar kedai mamak Penang, walaupun cuti lama lagi?
Kedai Mamak Sedap, Popular Penang
Jadi kami senaraikan kedai-kedai nasi kandar sedap kat Penang kat sini.
Georgetown
Sebab ramai yang akan tidur kat hotel dalam area Georgetown, kita fokus kat kedai mamak best yang dekat sini. Bersedialah nak bau kari kat jari berhari-hari.
Nasi Kandar Mohammad Raffee
Kedai mamak kat Jalan Burma ini orang ramai selalunya datang beratur waktu malam.
Tapi kalau nak datang bila-bila pun boleh sebab buka 24 jam.
Ayam goreng kat sini besar, dan walaupun mamak yang layan muka macam polis pencen, dia tak garang.
Untuk yang nak nasi tomato, ada dijual tapi untuk waktu makan tengahari.
Parking? Payah.
Untuk Makan : Pagi / Petang / Malam
Lokasi : 295, Burma Road Georgetown, Penang
Hameediyah Lorong Campbell
Ini restoran nasi kandar paling tua bukan saja kat Penang, tapi kat dalam Malaysia.
Dah lebih 100 tahun.
Dan ini generasi ke-6. Jadi lauk sini memang resepi turun temurun.
Lauk favourite kat sini 4 jenis beriani, rendang daging dan juga nasi kapitan.
Tapi sekarang menu baru macam kari ayam belanda, arnab pun dah ada.
Datang sini untuk makan lunch. Sebab dia mula buka pun pukul 10 pagi.
Dan bersedialah untuk beratur dalam 20 – 30 minit untuk makan tengahari.
Untuk Makan : Pagi / Petang
Lokasi : 164, Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang
Nasi Kandar Kapitan
Restoran nasi kandar kat Lebuh Chulia ini famous dengan claypot beriani dan juga naan tandoori nya.
Tapi satu yang tak ada kat tempat lain yang anda kena cuba ialah Briyani Milani — jangan terkejut bila ayam cheese ngama rupanya bila makan dengan beriani.
Dan kalau air, jangan lupa order susu badam.
Kedainya sedikit selesa dari kebanyakan restoran mamak Penang yang ada.
Tapi tempat ini selalu sibuk, dan layanan perlahan.
Untuk Makan : Pagi / Petang
Lokasi : 93, Chulia St, Georgetown, Penang
Nasi Kandar Shariff
Ini salah satu kedai kecil dalam food court Taman Brown.
Tapi tak macam mamak lain, yang ini buka mulai pukul 5:30 petang, jadi sesuai nak diterjah cuma untuk makan petang atau malam.
Mungkin sebab dalam food court, harganya murah sikit.
Ayam kat sini memang sengaja over gorengnya, dan kuahnya pun pedas dari biasa.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Yang buat orang minat ialah kuah campur dan ayam rosenya.
Bersedia untuk beratur.
Untuk Makan : Petang/ Malam
Lokasi : 159, Jalan Permai Taman Brown, Gelugor
Nasi Kandar Deens Maju
Nasi kandar kat jalan Gurdwara ini juga antara kedai mamak famous kat dalam Penang.
Selalu bila datang, orang minta ayam ros ataupun nasi kandar ayam goreng berempah.
Line untuk beratur kat sini antara yang terpanjang dalam Penang.
Belum buka pun dah ada yang tunggu.
Kalau tak suka beratur lama, order guna Grabfood saja.
Untuk Makan : Tengahari/ Petang / Malam
Lokasi : 170, Jalan Gurdwara, George Town, Penang
NS Nasi Kandar
Bukan orang Penang kalau tak tau NS Nasi kandar.
Dan kedai mamak ini boleh datang pagi untuk sarapan.
Kat sini orang suka ayam gorengnya yang power.
Tapi kena ingat yang harga kat sini agak tinggi sikit berbanding mamak lain.
Tak boleh makan sini hari-hari.
Kedai yang kat Jalan Burma ini kat dalam town.
Tapi ada lagi 2 ada kat Bayan Lepas dengan Queensbay.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari/ Petang
Lokasi : 142, Jalan Burma, 10400 George Town, Pulau Pinang
Nasi Kandar Merlin
Nasi Kandar Merlin ini satu restoran halal kat Georgetown yang ikonik dan memang terkenal kat Penang.
Kat sini, lauk favourite yang selalu orang order ialah ayam goreng dan juga kari ikannya.
Kurma kambingnya pun boleh tahan sedap.
Kedai ini buka awal pagi.
Jadi boleh makan untuk layan roti canai juga.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari
Lokasi : 1A Union Street Georgetown, Pulau Pinang
Nasi Kandar Imigresen
Kedai nasi kandar ini cuma warung kecil roda 3 kat tepi jalan Lebuh Pasar.
Kat belakangnya kedai makan Cina yang boleh anda masuk untuk tumpang makan.
Untuk minum, boleh order kat warung kopi mamak kat tepi nya.
Kat sini, jangan lupa minta bawang goreng atas nasi.
Untuk Makan : Tengahari / Petang / Malam
Lokasi : 8, Lorong Pasar, George Town, Pulau Pinang
Nasi Kandar Tajudddin Hussin
Orang Penang mana yang tak tau restoran nasi kandar Tajuddin Hussin?
Sebab ini antara kedai nasi kandar Penang yang paling terkenal dalam dan juga luar Penang.
Kat sini ada 15 jenis kari dan lauk walaupun kedainya kecik saja.
Kedai kat Lebuh Queeen ini famous dengan ayam ros, ayam bawang dan juga kurma lembu nya.
Saiz ayam goreng sini besar gedabak.
Oh! Jangan lupa cuba beriyani kosong, dan match dengan lauk kat atas juga.
Untuk Makan : Tengahari / Malam
Lokasi : 45-63, Queen St, Georgetown, Penang
Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang
Juga dipanggil nasi kandar beratoq bawah pokok, warung hijau ini sesuai kalau anda cuma nak tapau bawa balik lauk.
Waktu PKP memang tak ramai manusia.
Tapi kalau tak, bersedia beratur dengan orang Penang dan orang luar juga.
Nak makan selesa, dan malas beratur?
Boleh pergi ke Nasi Kandar Jamal Muhammad beberapa tapak dari sini. Lauk warung ini memang datang dari restoran ini.
Untuk Makan : Petang/ Malam
Lokasi : Kampung Benggali, Butterworth, Penang
KSB Cahaya (Abu Mamak)
Kalau restoran mamak lain, kita cerita pasal nasi kandar, yang kat sini orang datang sebab nak makan roti samurai dengan maggi goreng nya.
Selain 2 kat atas, ada lagi roti dengan nama pelik pelik macam roti Hong Kong dan roti helikopter.
Orang selalu datang sini malam untuk lepak makan supper.
Tapi parking payah sebab kedainya kat jalan sehala.
Untuk Makan : Petang/ Malam
Lokasi : Kampung Benggali, Butterworth, Penang
Ramzan Restaurant
Waktu pagi tempat ini ramai orang sebab roti canai dan capati kuah sardinnya nya dikatakan antara yang paling lembut dan sedap kat Penang.
Waktu tengahari orang datang untuk beriani nya yang dikatakan ada rasa lain dari beriani biasa.
Pilihan lauk kat sini terhad, dan parking susah.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari/ Petang
Lokasi : 48, Lebuh Ah Quee, George Town, Pulau Pinang
Q Bistro Gurney
Kalau anda nak makan nasi kandar kat restoran mamak moden, datang kat Q Bistro.
Parking senang, kedai bersih, ada aircond dan pilihan lauk pun banyak.
Beriyani, nasi kandar sampailah spaghetti dan dim sum ada.
Senang cerita, kalau nak lepak santai dan makan nasi kandar dengan selesa ini tempatnya.
Untuk Makan : Tengahari/ Petang / Malam
Lokasi : No.72-H & 72, 1, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang
Sup Hameed
Ini spot untuk layan sup tengah malam kalau lapar time tu nanti.
Nak makan sup ayam atau kambing dengan roti benggali boleh.
Nak makan sup eksotik macam sup torpedo pun ada.
Larat tak larat telan saja lah ye?
Cuma kedai ni tahap kebersihannya memang kureng.
Untuk Makan : Tengahari / Petang / Malam
Lokasi : 48, Jln Penang, George Town, Pulau Pinang
Nasi Kandar Beratur Original
Ini kedai nasi kandar yang orang berbaris malam-malam.
Dan sebab tempat duduk terhad, selalunya orang beli tapau.
Bila siang, yang buka adalah satu restoran lain, dan bila pukul 10 malam, crew Nasi Kandar Beratur pula yang takeover berniaga.
Kalau suka makan dalam gelap, boleh datang sini nanti.
Tapi bersedialah untuk beratur 30 minit atau lebih.
Nota: Masa PKP, waktu buka adalah siang. Kami tak pasti owner mana yang handle kedai waktu ini. Dan satu lagi, ada dua kedai kiri dan kanan dengan nama yang sama. Kata orang yang ada tertulis buka pukul 10 malam yang original.
Untuk Makan : Malam
Lokasi : 48, Jln Penang, George Town, Pulau Pinang
Gelugor
Subaidah Nasi Kandar
Kedai Nasi Kandar Subaidah ini ada beberapa cawangan dalam Penang.
Yang ini buka 24 jam, jadi boleh lah datang kalau lapar tengah malam buta.
Dan berbeza dengan mamak lain, kat sini orang datang untuk makan malam dan cari nasi lemak ayam gorengnya.
Untuk Makan : Tengahari / Petang / Malam
Lokasi : No 2, 4, Lebuh Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor, Pulau Pinang
Nasi Kandar Kg Melayu
Ini kedai yang famous di kalangan orang Penang. Dan orang yang gigih nak keluar dari town semata-mata nak mencuba.
Bila Ahad ada biryani special, tapi ini yang buat line makin panjang.
Tapi tempat makannya menang terhad. Parking pun payah sebab kedai kat bawah flat.
Kedai ini buka sampai tengahari saja.
Dan bila petang dibuka di branch ke-2 (yang tak jauh dari sini).
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari / Petang / Malam
Lokasi : A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Butterworth
Nasi Kandar Ayub Khan
Nasi kandar Ayub Khan ini satu lagi kedai mamak yang boleh layan kalau anda kat kawasan Butterworth.
Kedai mamak ini famous dengan ayam goreng 21 rempahnya dan dipanggil Farook’s Chicken.
Dah kat sini, try juga ayam madunya.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari / Petang / Malam
Lokasi : No. 4083, Jalan Pantai, Pulau Pinang, 12100 Butterworth
Nasi Kandar Jeti
Kalau anda lalu kawasan Butterworth dan terasa nak makan nasi kandar, bolehlah singgah kat sini.
Lauknya tak banyak.
Tapi antara yang boleh dicuba ialah roti bawang dan juga kari ikannya.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari
Lokasi : 3908, Jalan Pantai, 12100 Butterworth, Pulau Pinang
Jelutong
Syein Shah Nasi Kandar
Ini satu lagi gerai nasi kandar mamak kat tepi kedai Cina yang orang suka.
Walaupun tak besar mana, kedai ini selalu ada orang beratur untuk makan tengahari.
Peminatnya orang Cina.
Menariknya, ini antara kedai nasi kandar yang hidangkan nasi anda dengan sambal belacan.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari
Lokasi : Jalan Hijau 5, Taman Green Lane, 11600 George Town, Pulau Pinang
Nasi Kandar Deen Jelutong
Satu lagi nasi kandar yang selalu orang singgah kalau cuti kat Penang ialah kedai mamak Deen Jelutong ini.
Untuk anda yang suka kuah banjir yang pedas-pedas, dan likat pekat ini tempatnya.
Macam biasa, parking satu mimpi ngeri.
Dan beratur itu pasti.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari / Petang
Lokasi : 598-D & 598-E, Jalan Jelutong, 11600 George Town
Ali Amier Nasi Kandar
Ini kedai paling tak dikenali oleh orang luar.
Tapi dikatakan antara kedai mamak paling underrated kat Penang.
Yang orang minat ialah kari kepala ikannya yang boleh tahan murah.
Dan juga kuah banjir yang boleh buat sotong kari berenang kuak lentang.
Kedai ini kat tepi jalan besar. Parking satu masalah.
Untuk Makan : Pagi/ Tengahari / Petang / Malam
Lokasi : 567, Lebuhraya Gelugor, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
Okay guys, ini senarai kedai mamak best dalam kawasan Penang yang ada.
Kalau ada restoran mamak famous yang hilang dari senarai ini, mungkin sebab ianya over-rated ataupun tak sedap macam diviralkan orang sini sana.
Apapun, simpan senarai ni. Dan share kat member-member supaya semua orang senang nak makan kat kedai mamak best Penang cuti nanti. Apa guna cuti kat bandaraya yang famous dengan makanan kalau asyik makan KFC?
Jom hunt for curry!