tempat makan western JB best

14 Kedai Western Best Kat Johor Bahru (Yg Popular & Sedap)

Tercari-cari kedai western yang best kat JB masa cuti?

Tak payah cari lagi.

Pilih saja dari senarai port western terbaik JB kat bawah ini.

Menate Steak Hub

steak di menate steak hub jb
Kredit : hnsafqh

Ini tempat makan lauk Western untuk hari special ataupun kalau anda tak kisah berbelanja.

Sebab premium harganya.

Pilihlah nak steak biasa sampailah ke daging lembu lebih special macam angus dan wagyu.

Selain steak, western food lain macam pasta, burger dan pizza pun sedap juga. 

Dan sebab buka dari lunch sampai dinner, panjang masa untuk anda datang jamu selera.

Lokasi : No. 113 & 115, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru

The Morso

set talam western di the morso johor bahru
Kredit : themorso_pulaiindah

Tempat makan western kat JB satu ini pula ada Western dan ada shellout.

Jadi selain makan lamb chop dan chicken chop, kalau datang ramai-ramai boleh juga pertimbangkan mix platter.

Untuk yang nak makanan laut, boleh cuba shellout nya.

Sebelum balik, santap dulu kek dari pilihan yang beraneka.

Kedai buka dari lunch sampai dinner.

Lokasi : 34, 36 & 38, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru

Sarcasteak Cafe 

sambut hari istimewa di sarcasteak cafe johor bahru
Kredit : sarcasteakcafe

Cafe western hipster ini satu lagi port western kat JB yang boleh cuba.

Bezanya, ia terkenal dengan set platternya, dan dibuat dalam kawasan rumah saja.

Jadi ada rasa macam makan kat rumah kawan atau saudara mara.

Kalau makan kat tepi rumah, ia open air.

Bolehlah makan spaghetti sambil layan angin malam dan ditemani bintang sesekali.

Lokasi : 74, Jln Datin Halimah, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

Olive Music Cafe

makan malam di olive music cafe johor bahru
Kredit : olivemusicafe

Anda tak boleh hidup tanpa muzik?

Ini cafe western khas untuk orang macam anda.

Sebab interior cafe ini dihias macam studio muzik yang lawa.

Kat sini antara lauk popularnya ialah chicken chop yang di grill dan mac n cheese nya.

Tapi kalau kawan yang datang nak lauk Melayu, ada juga laksa Johor dan nasi lemak untuk dijamu.

Lokasi : 5-01 & 6-01, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor

Western Kempas

burger tower di western kempas johor bahru
Kredit : joyhelmy

Untuk anda yang bajet tak keras tapi nak makan western masa cuti kat JB, boleh datang sini.

Sebab harganya sederhana.

Lagipun selain lauk western, ada gerai mee rebus, takoyaki dan juga masakan goreng-goreng untuk tambah pilihan masa makan kat sini.

Untuk tambah manis dalam hidup anda, jangan lupa cuba beraneka pilihan ABC.

Lokasi : Jalan Lurah 23, Kawasan Kempas Lurah, 81200 Johor Bahru, Johor

Gebekk Western Food Ecoflora

makan malam western di gebekk ecoflora johor bahru
Kredit : daily_johor

Ini satu lagi tempat makan western yang harganya sesuai untuk marhaen kat JB ini.

Kalau tak tahu nak makan apa, pilih saja Gebek Combo.

Boleh dapat meatball, fries, chicken chop dan hotdog dalam satu bekas.

Untuk belanja member, set udang galah pun ada.

Tapi sebab kawasan Ecoflora ini lawa, dan parking pun percuma, kedai ini penuh orang selalunya.

Lokasi : Spring Lab, Jalan Ekoflora Utama, Taman Ekoflora, Johor Bahru

The Pinggan Cafe

cheezy party box di the pinggan JB
Kredit : thepinggancafe

Tak sah cakap pasal tempat makan western kat JB kalau tak ada The Pinggan Cafe.

Kat sini, selain western ada juga mee rebus dan dan nasi gorengnya yang hampir sama popular.

Untuk makan besar, set talam pun ada.

Harga agak tinggi untuk portionnya.

Tapi playground dan surau ada tersedia.

Lokasi : 9, Jalan Tampoi, Kampung Bahru Majidee, 81200 Johor Bahru, Johor

Hutan Bandar Bistro

hutan bandar bistro
Kredit : hutanbandarbistro

Kedai makan yang satu ini pula antara pelopor chicken chop RM 5 satu masa dulu.

Dan walaupun harga lauk western kat sini tak semurah itu, ia masih jadi port makanan western bajet kat tengah JB.

Saiz hidangan kat sini besar, dan ngam untuk belanja kawan kalau anda takut bajet anda tersasar.

Tempat luas dan selesa. 

Tapi parking kat tepi jalan saja.

Lokasi : 148A Susur Satu, Jalan Tun Abdul Razak, 81100 Johor Bahru, Johor

JBorn Cafe n Bistro

lamb chop di restoran western jborn cafe
Kredit : jborncafe

Kedai western kat JB ini popular dan sudah guna teknologi.

Nak makan, scan QR code. 

Dan lauk anda pula dihantar oleh troli robot.

Tak payah buang masa tunggu waiter.

Selain western, banyak jenis nasi goreng boleh anda order.

Parking ada. Tapi terhad jumlahnya.

Lokasi : 150, Jln Tebrau Lama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

Dine n Dash Bistro

keluarga makan lauk western di cafe dine n dash johor bahru
Kredit : dinendashbistro

Ini pula port western halal kat JB yang buka untuk petang dan malam saja.

Tapi suasananya santai. Terutama bila malam tiba.

Kalau nak angin malam, boleh lepak open air.

Lauk western macam smoke lamb grill dan spaghetti popular kat sini.

Tapi sajian Thai dan goreng-goreng pun ada untuk anda nikmati.

Lokasi : 61, Jalan Chengai, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor

Smokey Piston

suasana dalam restoran western smokey piston di Johor Bahru
Kredit : smokey

Nak rasa pizza kayu arang? Datang sini.

Pizza kat sini pilihannya beraneka – dari marinara sampailah ke margarita.

Spaghetti dan burgernya pun sama popular.

Walaupun gaya restoran western ini memang macam luar negara gaya nya, ownernya muslim dan begitu juga tukang masaknya.

Senang cerita, boleh datang bukan saja untuk makanan, tapi juga enjoy suasana motorhead nya.

Lokasi : 128-G, Jalan Permas Jaya 15/1, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

BBQ Lamb JB

sajian lamb ribs di. bbq lamb jb
Kredit : bbqlambjb

Untuk peminat kambing, datang sini.

Sebab hidangan kambing smoke nya antara yang terbaik kat JB.

Kalau masih perut Melayu dan nak nasi, jangan risau.

Nasi lemak kambing dan nasi kambing masih tersedia.

Suasana kedai biasa saja. Lokasi pun tak strategik mana.

Tapi hidangan kambingnya memang buat anda nak datang balik kali kedua. 

Lokasi : 11, Jalan Songkit 10, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor

Restoran Angah D&C

burger di angah d&c johor bahru
Kredit : angahdnc

Kedai western ini sudah lama di JB.

Dan satu masa dulu popular dengan chicken chop RM 5 nya.

Dan walaupun harganya sudah naik, peminatnya masih ada.

Lauk popular kat sini termasuklah chicken chop dan lamb chop, selain dari fish and chips nya

Kalau nak datang ramai dan nak kedai western yang sederhana harganya, ini antara salah satu port yang kena ada dalam list anda.

Lokasi : Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Big Food F&B Nong Chik Height

spaghetti olive ketam di big food f&b johor bahru
Kredit : bigfoodfnb

Anda jenis suka makan banyak?

Kalau ya, ini tempat makan lauk western kat JB yang patut diletak sebagai lokasi nombor satu dalam list anda.

Pilihan lauk banyak.

Pilihlah dari burger, chicken wing dan spaghetti kepada pasta nya.

Tapi yang bagus lagi, nasi goreng, mee, bihun dan kueteow pun ada.

Senang cerita, kalau masa datang anda lapar, masa balik nanti, anda bakal tersandar.

Lokasi : 1, Jln Kolam Air 1 Taman Nong Chik Height, 80100 Johor Bahru, Johor

Okay, cukup kat sini dulu senarai kedai western best kat JB untuk anda tuju.

Ada yang murah, ada yang premium.

Ada yang kat rumah dan ada yang kat restoran funky yang macam kat luar negeri.

So, dah boleh buat pilihan mana satu yang anda nak pergi?