Kalau anda berangan nak merasa naik keretapi macam cerita Sherlock Holmes, masa dia berbulan madu, tak perlu pergi Eropah.
Kat Malaysia, train mewah begini pun ada. Tapi tak ramai yang tahu.
Jadi kami bongkarkan kat anda, mana tahu nanti hubby jadi kaya raya, dah ajak anda naik keretapi untuk sambut anniversary.
Jadi, izinkan kami perkenalkan, Eastern & Oriental Express ini.
Gerabak Mewah Layak Untuk Sang Puteri
Ini keretapi paling mewah yang melalui Semenanjung Malaysia.
Train ini akan melalui 3 negara, Singapura, Malaysia dan terus menuju ke Bangkok, Thailand.
Untuk mereka yang menaikinya dari Singapura, perjalanan akan mengambil masa 4 hari. Untuk kita di sini, anda boleh menaikinya dari Kuala Lumpur untuk perjalanan 2 hari.
Setiap kabin bergaya kolonial ini, ada aircond dan juga toilet sendiri. Tak perlu pening berkongsi, dan anda ada privacy macam dalam bilik hotel sendiri.
Makan pagi dihantar ke kabin sepanjang perjalanan, dan tarafnya untuk golongan bangsawan.
Untuk makan malam dan tengahari anda bakal menjamu selera di restoran dalam gerabak yang ada.
Train ini hanya ada 4 kali sebulan. Dan walaupun harganya mencabar keupayaan akaun bank kebanyakan kita, ianya ada peminat tersendiri. Tiket train ini selalunya sold out kalau anda tak tempah lebih awal.
Kualiti kemewahannya tak perlu dipertikai lagi. Sebab syarikat di belakangnya ialah Kumpulan YTL.
Syarikat ini bukan sahaja pemilik sejumlah hotel 5 bintang terkenal seperti Majestic dan Pangkor Laut, mall-mall mewah seperti Starhill Bukit Bintang, tapi juga mengendalikan keretapi laju KLIA.
Berapa Harga Tiketnya?
Kalau anda ambil train ini dari stesen Kuala Lumpur, dan terus ke Bangkok, harganya bermula dari RM 12,000 seorang. Itu harga sehala.
Anda akan berpeluang tidur 1 malam dalam train mewah ini dalam perjalanan KL – Bangkok nanti.
Untuk pelancong luar negeri yang yang betul-betul nak merasa suasana Asia Tenggara, trip istimewa 4 hari dari Singapura ke Bangkok tersedia.
Makanan mewah dan pit stop dengan trip di beberapa lokasi di mana train berhenti sedia menanti.
Harganya? Sekitar RM 32,000 sahaja seorang.
Memang harganya macam dalam mimpi. Tapi tak mengapa, anggap belum lagi rezeki. Moga-moga satu hari mampu kaya raya untuk rasa kemewahan berganda dan boleh masuk dalam Malaysia Tatler.
Apapun, jangan cakap sebab Covid, tak boleh enjoy Malaysia macam kat luar negara.
Nak bermewah gaya bangsawan lama, keretapi Eastern & Oriental ini jawapannya.