Uissh! Kidzania Kuala Lumpur Bakal Tutup Selama-Lamanya?

14 Julai 2020Kidzania Malaysia yang ditutup sejak PKP dilaksanakan diwar-warkan mungkin ditutup selama-lamanya, mengikuti jejak Kidzania Singapura.

Tarikan untuk kanak-kanak yang bermula di Brazil ini membuka pintunya di Damansara Malaysia sejak 9 tahun lalu dengan perbelanjaan sebanyak RM 80 juta.

Pelaburan di Malaysia ini dilakukan oleh Khazanah Nasional bersama dengan Boustead Holdings dengan perkongsian 80:20. Ia pelaburan kedua dalam bidang pelancongan oleh Khazanah, selepas membuat pelaburan ke atas Legoland Johor.

Sehingga hari ini, Kidzania Malaysia masih ditutup sementara menunggu keputusan pihak pentadbirannya.

Jika ia ditutup, taman tema interaktif kanak-kanak ini bakal mengikut jejak Kidzania Singapura di Sentosa yang bergelut untuk mendapatkan keuntungan sejak dibuka selama 4 tahun.

Kidzania Singapura telah diumumkan tutup pada June 16 2020, sekaligus menyaksikan kesemua 103 pekerjanya diberhentikan.

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
  1. Iskandar Suhaimi says:

    Setuju. Untuk anak dalam 2, 3 orang mmg boleh pengsan bayar tiket masuknya.

    Walaupun harga ini lebih murah dari Kidzania lain dalam Asia Tenggara ( macam Bangkok dan Spore), harganya mmg belum capai mesra orang kita. Lagipun, ada pilihan lain yg free. Kalau untuk anak kecil, boleh hantar je ke Ikea playground seberang jalan je.

Comments are closed.

Jomjalan