kedai makan jepun halal kl - kingu kongu

Kingu Kongu – Kedai Makan Ini Ada Feel Warung Jepun Hujung Minggu

Kedai makan lauk Jepun kat Malaysia banyak.

Tapi yang halal boleh dikira.

Apalagi yang milik bumiputera.

depan kingu kongu
Kredit : eemran249

Kedai lauk Jepun kat KL ini berbeza.

Sebab selain co-ownernya Melayu, gayanya pun memang macam masuk kedai Jepun untuk soru.

owner kingu kongu
Kredit : hype.my

Dari logo, tulisan, suasana dalam sampailah ke pinggan yang diguna, memang ada rasa  – Eh! betulkah aku kat area Medan Tuanku?

kedai makan jepun halal kl - kingu kongu
Kredit : mohdshafiqazman

Kat sini ia pakai meja kayu. Ada poster Jepun kat siling dan pintu pun slide gitu.

Kredit : food.raeservation

Terasa masuk area Shinjuku.

Bilik Private

Kredit : kingukongu.my

Nak makan seorang boleh. Datang berdua dan berempat pun okay.

Tapi untuk anda yang nak makan sama-sama member dan tak kacau orang, ambil bilik VIP.

Bilik ini berpintu gelangsar (sliding door), ada aircond dan boleh muat 8 ke 16 orang.

Tips : Kalau nak lengkapkan pengalaman ala Jepun lepas ke sini, tidur di hotel Momo dan jangan lupa shopping di Mitsui Lalaport.

Lauk Yang Ada

kedai jepun halal kl
Kredit : kingukongu.my

Untuk sebuah izakaya, yakitori (sate gaya Jepun) dan soba (mee Jepun) adalah menu wajibnya.

Kat sini anda 14 jenis yakitori. Kalau tak tahu nak order apa, minta yakitori platter. Anda diberi 5 jenis yakitori untuk dirasa.

tataki halal kl
Kredit : kingukongu.my

Selain udon dan soba, tataki (daging/ikan yang masak diluar tapi mentah kat dalam) pun ada.

Nak hidangan ala Malaysia? Sambal petai maki ada untuk jamu selera.

unagi halal kingu kongu
Kredit : kingukongu.my

Lauk yang boleh dipilih dari salmon, unagi (belut), daging lembu sampailah ke sotong.

Kalau tak suka berujikaji, minta saja sushi.

Nota : Mee jenis udon tebal-tebal. Mee soba pula nipis macam spaghetti.

Harga?

Lebih dari biasa. 

Tapi kena expect sebegini. Sebab restoran yang datang dengan suasana berbeza, memang chargenya lebih tinggi.

Kredit : kingukongu.my

Sebab secara tak langsung, anda juga bayar untuk feel nya.

Apapun, untuk sebuah restoran yang dibuka masa Covid, Kingu Kongu ini usaha yang terpuji.

Kedai makannya unik. Dan kami respek sebab masakannya bukan lauk Malaysia. Bukan senang nak buat sebenarnya.

Ada plan nak datang cuba? Tempah kat sini.

Lokasi : 5&7, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur