Nak jalan-jalan Kuala Lumpur seorang diri?
Untuk backpacking, KL Sentral pada kami adalah antara lokasi terbaik untuk jadi base anda explore bandaraya ini.
Ini 3 sebab mengapa kami kata begitu.
Senang Nak Ronda
Kat KL Sentral banyak pengangkutan awam – terutama tren yang bersambung dengannya.
Kalau nak shopping kat Bukit Bintang, anda boleh ambil tren monorail.

Nak ke kawasan Masjid Jamek atau ke Menara Berkembar KLCC, ambil tren Putra LRT.

Dan kalau nak ke kawasan macam Kajang atau lokasi lain dalam KL, boleh naik tren MRT yang luas dan canggih.

Teringin jenguk Putrajaya atau kena ambil flight kat airport KLIA? Guna tren laju KLIA Express.
Nak balik atau jelajah ke negeri lain? Boleh ambil tren ETS atau keretapi KTMB.
Senang cerita, kalau menginap di area KL Sentral, anda jimat jalan kaki. Tak perlu bergegas sangat nak balik nanti.

Ia lebih baik dari tidur di kawasan Chinatown yang kawasannya shady atau kawasan Masjid Jamek yang boleh banjir tiba-tiba bila petang hari.
Tips : Kalau nak sewa kereta pula, ada Socar kat stesen minyak Petron dekat area ini.
Hotel Bajet Banyak
Berbeza dengan kawasan Bukit Bintang yang lebih banyak hotel mewah, kat KL Sentral, kebanyakan hotelnya jenis hotel murah.

Hotel-hotel bajet ini ada kat kawasan sebelah Brickfields (untuk ke sini, masuk ke dalam mall Nu Sentral dan cari signboard ke arah monorail).

Harga bilik ada serendah RM 50, kalau hari biasa. Dan saiz biliknya pun selalunya luas untuk harganya.
Cuma kalau anda perempuan, dan datang solo, kami sarankan bayar lebih. Tidur di hotel Aloft. Sebab ia dalam kawasan mall Nu Sentral, lebih selamat suasananya.

Tips : Ini senarai hotel-hotel murah/bajet yang bagus di area ini. Ini pula senarai hotel paling baik yang ada berdekatan KL Sentral.
Makan Minum Senang
Ini kawasan India. Jadi kalau kedai makan, kedai mamak ada tersedia.

Dan disebabkan KL Sentral melekat dengan shopping mall Nu Sentral, anda memang tak lapar.
Kat dalam mall Nu Sentral ada Family Mart, 4 Fingers, Starbucks, MBG (untuk beli buah) sampailah ke kedai roti The Loaf.
Kalau semua tak okay, pergi saja kat Food Court nya.

Shoplot di kawasan hotel-hotel murah KL Sentral pun ada kedai-kedai runcit untuk anda beli air, snek dan kudapan.
Nak rehat dalam bilik sambil baca buku? Nu Sentral ada kedai buku MPH.
Nak tukar duit sebab anda nak ke luar Malaysia? Money exchange pun ada kat mall yang sama (tapi kami sarankan Wise saja).

Tips : Eskalator KL Sentral (dekat monorail) pun tempat bergambar yang lawa kalau kena masanya.
Kesimpulannya dari KL Sentral, senang nak ke mana-mana, hotel murah banyak dan nak makan minum pun tak ada masalah.
Itu sebab-sebabnya mengapa kami sarankan KL Sentral untuk jadi lokasi hotel mereka yang nak jelajah KL dengan bajet rendah, guna kenderaan awam saja.
Nak lagi best? Datang cuti selain waktu cuti sekolah.
Tarikan lengang orang, bilik pun lebih murah.
[static_content id=”18001″]