KLIA Mulai Ujian Imbasan Muka Menggantikan Boarding Pass

Satu hari nanti, anda boarding pass anda akan disimpan dalam beg saja bila di KLIA.

Sebab KLIA telah memulakan program rintis menggunakan imbasan muka bagi menggantikan boarding pass.

imbas wajah KLIA

Program pertama untuk penerbangan dalam negara ini dimulakan dengan flight MH1438 ke Langkawi.

Dengan program ini penumpang mendaftar untuk ujian imbas muka di kaunter check-in, dan kemudian terus ke boarding gate.

Di sini, boarding pass tidak perlu ditunjukkan seperti biasa. Anda hanya perlu membuat imbasan muka sebelum pintu gate dibuka (mask perlu ditanggalkan).

Dari video yang diperlihatkan kepada umum, imbasan wajah di gate hanya mengambil masa beberapa saat sahaja.

Telah Dicuba pada 2020

Untuk makluman, program ini bukan baru. 

Program rintis imbasan wajah untuk penerbangan antarabangsa di KLIA telah dibuat pada tahun 2020.

Program ini melibatkan penerbangan ke Osaka dan Tokyo, Jepun dan dibuat selama 3 bulan.

Menurut KLIA, dengan program ini, wajah anda menjadi token, menggantikan boarding pass dan passport. 

Dengan wajah sahaja, anda nanti boleh melepasi kawasan yang memerlukan pelepasan kastam, imigresen dan syarikat penerbangan.

Boarding Pass Masih Ada

Untuk makluman, boarding pass masih ada. Anda boleh dapatkan boarding pass anda di kiosk Self Check-In.

Setelah anda selesaikan urusan check-in bagasi, anda boleh ke Enrolment Totem untuk urusan pendaftaran imbasan wajah.

Kegunaan Lain Boarding Pass

Imbasan wajah ini adalah untuk urusan masuk ke boarding gate atau melalui kawasan-kawasan yang biasanya memerlukan boarding pass.

Akan tetapi boarding pass fizikal masih perlu disimpan untuk beberapa keadaan.

Contohnya semasa gangguan sistem atau untuk anda yang ada insuran perjalanan (travel insurance), dan mahu mengemukakan tuntutan ( sebab flight anda ditunda, bagasi anda hilang dll).

Pihak insurance akan meminta anda melampirkan salinan boarding pass fizikal untuk sebarang tuntutan.

Soalan Lazim

Nak tahu lebih  lagi?

Silakan  rujuk Soalan Lazim Pengecaman Wajah KLIA ini.

Jomjalan