Kuih Culture – Ini Cafe Kuih Nyonya Halal Yg Wajib Anda Try kat Penang

Terliur tengok kuih kuih nyonya yang dibuat masa dalam movie Crazy Rich Asian?

Kami tahu betapa susahnya nak cari kuih-kuih nyonya macam itu yang halal kat Malaysia ini.

Tapi kalau anda bercuti kat Penang, kedai Kuih Culture ini ada banyak jenis kuih nyonya yang boleh anda rasa.

Halal? Kedai ini ada sijil halal Jakim dari 2018 lagi.

Tapi disebabkan sijil ini sentiasa kena diperbaharui, anda boleh check semula bila kat Penang nanti.

Kalau kuih-kuih sini nampak familiar, memang lah.

Sebab kuih nyonya dan Melayu ada kuih-kuih yang sama, tapi dibuat dengan gaya berbeza.

Jadi anda boleh beli kuih lapis, bingka ubi, koci dan juga kuih melaka.

Kalau nak makan berat nasi lemak nyonya kari ayam ada, dan boleh pairkan dengan cendol juga.

Nak Makan Best kat Georgetown?

kedai makan best Georgetown Penang
1. Tempat Makan Sedap

Kedai-kedai makan sedap dalam Georgetown.

sarapan sedap Penang
2. Sarapan Pagi Best

Tempat utk sarapan pagi best kat area Georgetown.

nasi kandar
3. Mamak Terbaik

Tempat layan nasi kandar dan lauk mamak sedap dalam Penang.

Nak hidangan special? Cuba kari putih gaya Cina yang ada kat sini.

Untuk anda yang nak tahu cara buat kuih ala nyonya, kat sini pun ada kelas yang dipanggil Kuih Experience Center.

Senang cerita, kalau anda dah puas food hunt kat Penang dengan kari nasi kandar, dan nak merasa kuih dalam cafe selesa yang ada aircond, ini tempat terbaik untuk anda cuba.

Jadi macam mana? Nak try kuih nyonya dengan siapa?

Lokasi : 266E, Jalan Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan