Langkawi memang tempat honeymoon yang best.
Boleh layan kereta kabel paling panjang kat Malaysia, snorkeling kat Pulau Payar sama-sama dan juga layan laut siang dan malam — dari Cenang dan Pantai Tengah sampailah ke Tanjung Rhu.
Tapi tak lengkap honeymoon kalau tak duduk kat hotel atau resort yang special.
Jenis yang sesuai untuk bulan madu.
Tak kisahlah honeymoon taraf sederhana ataupun bulan madu mewah untuk Kak Ngah.
Kat sini kami nak introduce satu lagi villa yang sesuai banget kalau nak bulan madu kat Pulau Langkawi.
Memang padu. Penuh privacy.
Dan bila balik rumah, teringat-ingat lagi.
Kata orang — memori sini bakal menghantui.
La Villa Langkawi
Apa yang kami suka dalamnya yang cukup moden lagi tasteful.
Nak rehat selesa, nak bergambar cantik, dan nak beromantik dengan tersayang, tak keluar keluar villa pun bisa saja.
Bukan sahaja kawasan dalamnya cantik, kawasan luar villa pun tenang, aman dan nyaman.
Sesetengah villa ada yang menghadap kawasan sawah.
Villa anda datang dengan toaster, microwave, pembancuh kopi, mini fridge dan juga dapur.
Cukup untuk penginapan 3 hari atau lebih.
Housekeeping kat sini, macam, setiap hari ada.
Pool Sendiri
Yang paling umphh kat sini ialah villa ini ada private pool. Bangun pagi gosok gigi, boleh terjun dalam pool terus kat tepi.
Berendam lah sampai pucat lesi.
Yang pentingnya, pool ini untuk anda berdua suami isteri. Penuh romantik tiap-tiap hari.
(Nota : Jangan salah pilih jenis villa. Sebab ada villa tanpa pool peribadi ya?)
Area Mana La Villa Ini?
La Villa ini dekat dengan Pantai Tengah, Langkawi. Dari penginapan anda kalau nak layan laut, pantai Tengah cuma 3 minit sahaja.
Lagipun kalau nak bandingkan dengan pantai Cenang, pantai Tengah lebih best layan kalau dengan suami atau isteri. Sebab orangnya tak seramai kat Cenang.
[static_content id=”29546″]
Bolehlah jalan pegang tangan tepi laut, sambil layan ombak.
Datang pula waktu petang, sambil angin kuat belai rambut. Kan best tu?
Dan kalau malas nak memandu ke Cenang, tempat ini juga ada sediakan shuttle percuma ke sana.
Boleh shopping, cari makan dan ronda-ronda kawasan Cenang yang sibuk itu.
Senang cerita, kalau anda nak ke Langkawi untuk bulan madu, pilih villa ini, dan pilih villa yang ada private pool ini untuk cuti paling romantik dalam hidup anda.
So camna? Dah bersedia nak ke La Villa?
Harga : RM 899 ++
Harga Villa | RM 899 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
[static_content id=”29833″]
[static_content id=”17956″]