senarai negara untuk cuti overseas murah 2023 bagi orang malaysia

Lagi Jimat ! Ini 6 Negara Yang Lebih Murah Utk Travel 2023 Buat Org Malaysia

Nak travel overseas tahun 2023 ini?

Ini 6 negara yang lebih murah untuk anda lawat berbanding sebelum Covid-19 dulu.

Jom tengok senarainya.

Turkey

melawat masjid biru turki - antara negara yang murah untuk travel pada 2023

Nak masuk Masjid Biru, naik belon di Cappadocia, shopping kat Grand Bazaar atau lihat peninggalan para nabi di Muzium Topkapi?

Tahun 2023 antara waktu terbaik untuk travel ke sana sebab matawang Turkey yang merundum.

Harga hotel di Istanbul lebih kurang sama seperti di Kuala Lumpur, dan barangan tempatan seperti buah lebih murah.

travel dan naik belon udara panas di Cappadocia Turkey

Negara ini dulunya pun terkenal sebab harga kopi Starbucks nya yang termurah di dunia.

Cuma sayangnya, disebabkan inflasi yang teruk, harga latte yang dulu tak sampai RM 7, kini lebih kurang sama harga kat Malaysia.

Berapa murah?
Pada tahun 2018, dengan RM 1 anda dapat 1 lira.
Tapi sekarang anda boleh dapat 4 lira.

Korea Selatan

salah satu istana di korea selatan yang merupakan antara negara lebih murah untuk anda travel pada 2023

Walaupun demam K-Pop sudah reda, tahun 2023 ini masih masa terbaik untuk ke Korea.

Negara yang popular dengan kedai kosmetik yang ada merata-rata ini lebih murah untuk anda lawat berbanding sebelum Covid dulu.

pulau jeju di korea selatan - antara lokasi best untuk travel ke korea

Bolehlah lawat tempat popular macam istana-istana di Seoul, Chuncheon yang dijadikan set drama popular Winter Sonata atau pulau Jeju yang lazimnya jadi destinasi bulan madu.

Dan satu lagi sebab anda patut ke Korea Selatan ialah sebab Klook pun ada promosi sempena musim Cherry Blossom kat sana.

Berapa Murah ?
Pada 2017, dengan RM 1 anda dapat 260 Won.
Tapi sekarang anda boleh dapat 280 hingga 290 won.

Jepun

musim bunga sakura tokyo yang cantik untuk anda lawat

Untuk anda yang berangan nak naik keretapi laju Shinkansen dan nak lintas jalan kat Shibuya Crossing, 2023 ini antara tahun yang anda kena plan travel ke Jepun.

Yen Jepun pada awal tahun 2023 ini lemah berbanding Ringgit kita.

Lebih kurang macam rate tahun 2013 – 2014 saja.

suasana lorong di jepun yg murah untuk travel pada 2023

Lagipun sekarang sampai awal April 2023 ini musim bunga Sakura.

Lagi lawa untuk upload kat IG buat memori hari tua.

Kalau anda nak ke sana, jangan lupa ambil promosi Klook untuk jimatkan belanja.

Berapa Murah ?
Pada tahun 2018, dengan RM 1 anda dapat 26 yen.
Tapi sekarang anda boleh dapat 30 yen.

Mesir

pelancong di depan piramid mesir - antara negara yang murah untuk travel 2023

Nak naik unta sambil layan piramid? 2023 mungkin masanya.

Ini kerana pada awal tahun ini, matawang pound Mesir merundum dengan teruk akibat krisis ekonominya.

Disebabkan tempat-tempat yang anda nak lawat di Mesir banyak, anda mungkin ambil masa lama travel di negara ini.

naik unta di depan piramid - antara pengalaman travel ke Egypt

Jadi kalau nak lawat tempat-tempat popular, kejatuhan pound Egypt adalah peluang untuk anda.

Bolehlah selain di Cairo, boleh pergi ke Luxor untuk layan Valley of the Kings juga.

Berapa Murah ?
Pada 2018, dengan RM 1 anda dapat 2 pound Mesir.
Tapi sekarang anda boleh dapat 6.7 pound Mesir.

Sweden

santai layan stockholm sweden

Negara yang dikenali sebab IKEA ini pun lebih murah dari biasa untuk anda lawat tahun ini.

Tapi sebab ia di Eropah, harga hotel, transport dan makan memang tinggi.

TIPS : Kalau nak jimat masa jalan-jalan overseas, pastikan ada kad Wise.

Jadi kalau nak datang, memang masa exchange rate baik sebegini boleh plan nak pergi. 

Kalau nak ke sini, masa terbaik mungkin bulan Jun sampai Ogos sebab siangnya lebih panjang.

Boleh ronda sampai tapak kasut lekang.

Berapa Murah ?
Pada tahun 2018, dengan RM 1 anda dapat 2 krona.
Tapi sekarang anda boleh dapat 2.4 krona.

India

bergambar di depan taj mahal agra di india - antara tempat yang murah untuk dilawat ada 2023 untuk rakyat Malaysia berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Untuk yang berangan nak layan Taj Mahal di Agra, India inilah masa untuk travel ke sana.

Sebab matawang rupee India jatuh pada 2022, dan semakin menurun berbanding Ringgit Malaysia.

salah satu bangunan bersejarah di jaipur india

Dari Delhi, Hyderabad sampai Jaipur, anda ada banyak pilihan untuk layan pelbagai istana dan kubu bersejarah di dunia.

Dan kalau nak layan pantai, boleh plan ke Goa.

Berapa Murah ?
Pada tahun 2017, dengan RM 1 anda dapat 15 rupee India.
Tapi sekarang anda boleh dapat 18.50 rupee India.

So, macam mana.

Ada 6 negara yang untuk anda travel murah-murah tahun 2023 ini.

Antara negara-negara Asia, Timur Tengah dan Eropah ini yang mana buat anda nak pecah tabung atau yang buat anda rasa esok juga nak apply cuti dari manager?

Nota :
Ada negara lain yang juga turut murah untuk anda travel. Antaranya Sri Lanka, Ghana, Zimbabwe, Venezuela, Lebanon dan Ukraine. Tapi tiada dalam senarai ini kerana ia kurang popular dikalangan rakyat Malaysia, sedang mengalami pergolakan politik atau dalam kancah perang. Kami andaikan yang anda masih ingin pulang ke pangkuan keluarga.