Murah-Murah Je! Ini Hotel-Hotel 5 Star KL Yang Offer Menu Untuk Delivery.

Mengidam nak makan lauk hotel masa PKP?

No worries kak Munah. Sekarang ini, hotel-hotel 5 star kat KL dah bersedia untuk delivery lauk-pauk mereka ke rumah anda.

Harga pun tak mahal mana.

So, jangan buang masa. Jom tengok hotel 5 bintang mana dalam KL yang ada delivery dan takeaway masa anda terperap kat rumah masa PKP ini.

Shangri-La (Lemon Garden Cafe)

shangri-la hotel kuala lumpur food delivery - penghantaran makanan ke rumah

Harga : RM 22 ++ | TAKEAWAY SAHAJA

 Tempah Hari Ini 

Hotel ini memang terkenal satu KL sebab buffet seafood nya. Dan sebelum Covid, memang dianggap antara hotel kat KL dengan makan pagi , minum petang dan dinner yang power.

Masa PKP ini, hotel ini ada lauk takeaway. Boleh pilih nak rendang tok, satay sampailah nasi ayam.

Set minum petang ada, dan nak rasa keknya pun order.

Banyan Tree (Horizon Grill)

burger di banyan tree hotel kl takeaway

Harga : RM 35 ++ | TAKEAWAY & DELIVERY

 Tempah Hari Ini 

Ini untuk anda yang nak makan tengahari premium-premium.

Harga mahal sikit. Tapi berbaloi, sebab ada menu macam spaghetti udang galah atau burger daging Wagyu. Kalau nak lauk udang galah seekor pun boleh bang.

Untuk yang nak yang simple macam salad ayam, sandwich dan spaghetti aglio olio pun ada untuk delivery dan takeway.

Le Meridien Putrajaya

satay untuk delivery dari le meridien putrajaya

Harga : RM 30 ++ | TAKEAWAY & DELIVERY

 Tempah Hari Ini 

Untuk pekerja kerajaan area Putrajaya, hotel Le Meridien ada lauk untuk takeaway.

Lauk macam teriyaki ada, dan kalau mengidam layan dim sum pun boleh.

Pavillion Hotel (The Courtyard)

pavilion hotel kl food delivery

Harga : RM 18.90 ++ | TAKEAWAY & DELIVERY

 Tempah Hari Ini 

Hotel sebelah Pavillion mall ini pun antara hotel yang famous sebab lauk Melayu, Cinanya sedap.

Sekarang anda boleh order nasi lemak, nasi goreng, ayam masak dan juga mee goreng dari restoran Courtyard dalam hotel Pavillion.

Harganya pun murah dibandingkan dengan standard hotelnya.

Aloft KL Sentral (Nook)

lauk delivery meal oleh hotel aloft kl sentral

Harga : RM 110 ++ (utk 5 orang) | TAKEAWAY & DELIVERY

 Tempah Hari Ini 

Nak makanan yang cukup untuk satu family?

Pilih hidangan dari Hotel Aloft ini. Memang dibuat untuk 5 orang makan.

Anda boleh pilih nak delivery set lauk tempatan (macam laksa Sarawak) ataupun set pan & grill.

Nak pizza? Pun ada.

Intercontinental Hotel (Serena Brasserie)

set takeaway dan delivery makanan di hotel intercontinental kuala lumpur

Harga : RM 25++ | TAKEAWAY & DELIVERY

 Tempah Hari Ini 

Hotel 5 star dekat dengan Menara Citibank ini ada set bento untuk anda layan.

Pilih dari ikan sweet sour, nasi ayam Hainan sampai ke makanan petang macam club sandwich.

Harganya pun murah untuk taraf hotel mewah.

Okay, senang cerita, ada hotel best-best dalam KL yang buat delivery dan ada pula yang takeaway sahaja.

Yang penting, kalau tak boleh travel masih boleh rasa lauk pauk hotel Malaysia dari dapur yang power-power.

So jangan sedih, hotel food delivery sekarang kat hujung jari. Dan sebab tak mahal mana, bolehlah order lauk hotel 5 bintang seminggu sekali.