Untuk gamers sekalian, ini hotel gaming pertama kat Malaysia.
Kat Senai. Tak jauh dari airport Johor Bahru.
Bolehlah push rank puas-puas dengan member you.
Kalau esoknya masih berdaya buka mata, bolehlah pergi Legoland atau naik bas seberang tambak ke Universal Studios Singapura.
Bilik Gaming Yang Ada
Bilik kat SEM9 Senai memang sempurna untuk anda yang nak layan eSport masa cuti.
Booking.com | Tempah | |
Agoda.com | Tempah |
Bilik gaming kat sini ada 2 jenis — untuk yang nak main game PC dan untuk yang nak layan Playstation 5.
Untuk bilik dengan PC, anda disediakan PC gaming berkuasa tinggi dan monitor 24 inci.
Siap dengan grafik kad NVIDIA RTX 3090 .
Untuk makluman anda yang bukan gamer, kad grafik itu masa dilancarkan di US, harganya saja mencecah USD1500 (dalam RM 6500).
Senang cerita ini set up level professional.
Boleh layan tournament dunia.
Biliknya boleh pilih — untuk 2, 3 atau 4 orang.
Tapi mungkin sebab gamer masih sedap berselimut walaupun orang sudah mula pergi kerja, untuk bilik gamer, sarapan tak ada.
Dah oh! Kalau saja nak datang untuk main game, tak perlu bermalam sebenarnya.
Anda boleh sewa separuh hari pun saja. Tapi kena direct book dengan hotelnya.
Siapa Ownernya?
Bilik kat gaming hotel ini memang dibuat oleh gamer untuk gamer.
Owner hotel ini SEM9 — yang memang ada beberapa team eSport professional bawah syarikatnya.
Jadi mereka faham apa keperluan anda semua.
Bilik Lain Ada
Anda bukan gamer? Pun boleh tidur sini sebenarnya.
Sebab hotel ini ada juga bilik-bilik untuk manusia biasa — yang tak perlu bilik gelap berlampu LED.
Cuma bilik-biliknya tak adalah Playstation atau high-spec PC.
So, macam mana?
Ada hajat nak conquer dunia sambil bercuti?
Harga : RM 170 ++
Booking.com | Tempah | |
Agoda.com | Tempah |
Tips : Hotel ini tak sampai 10 minit dari JPO. Tapi t-shirt SEM9 pun ada kat hotel ini. Boleh buat hadiah kawan seperjuangan yang tak dapat join sekaki.