Lelaki Ini Travel Ke Serata Dunia Dan Sekarang Dipenjara. Sebabnya Mungkin Memeranjatkan Anda

Beliau dikatakan bekerja untuk seorang lelaki bernama Juan Jose Rendon, seorang konsultan politik yang juga merupakan mentornya.




Kerja Yang Sulit Semasa Travel

Bila beliau travel, beliau tinggal di hotel seorang diri. Tiada kamera atau telefon dibenarkan dibawa ke biliknya.Nama jawatannya Strategis Kempen Dalam Talian. Bila beliau travel, beliau tinggal di hotel seorang diri. Tiada kamera atau telefon dibenarkan dibawa ke biliknya. Email yang diguna juga adalah email sementara dan isi kandungannya dalam bahasa rahsia.

Tugas beliau? Menyebarkan khabar angin, propaganda, menggodam, mengendalikan akaun sosial palsu dan memanipulasi trend sosial untuk orang politik. Kerja ini dibuat khas apabila pilihanraya presiden hampir tiba.

Antara mereka yang dikatakan sebagai klien beliau -- Ivan Zuluaga (kiri) yang merebut jawatan presiden Columbia
Antara mereka yang dikatakan sebagai klien beliau — Ivan Zuluaga (kiri) yang merebut jawatan presiden Columbia. Gambar : Eltiempo

Di bawah beliau ada 7 hingga 15 penggodam. Penggodam Brazil bijak membuat malware, Venezuela dan Equador hebat mencari kelemahan sistem mangsa, Argentina pakar dalam memintas maklumat manakala penggodam Mexico dianggap penggodam serba boleh.




Travel Demi Kerjaya Di Seluruh Amerika

Beliau travel untuk memanipulasi pilihanraya di 9 negara Latin Amerika.

Aktiviti beliau menyebabkan Venezuela terpaksa menutup internet untuk seluruh negara selama 20 minit.Di Honduras, beliau mengawal komunikasi dan sistem komputer calon presiden dari serangan lawan. Di Guatemala, beliau mencuri maklumat 6 ahli politik untuk diserahkan kepada tuannya. Di Nicaragua pula, beliau memecah masuk akaun isteri presiden (yang juga jurucakap kerajaan) dan mencuri rahsia kerajaan dan rahsia peribadi presiden.

2 minggu sebelum proses mengundi di Venezuela, Sepulveda menggodam akaun orang-orang paling penting di negara itu — dari email, akaun twitter sehinggalah laman web mereka yang boleh beliau buka dan tutup mengikut kehendaknya.

Kacau bilau yang beliau lakukan menyebabkan Venezuela terpaksa menutup internet untuk seluruh negara selama 20 minit.

Kesilapan Tak Diduga

Sewaktu di Mexico, beliau menggodam akaun orang politik yang tanpa beliau tahu, akrab dengan sindiket dadah di sana. Akibatnya, beliau terpaksa tidur di dalam kereta Chevy berperisai kerana mereka mahu membunuhnya.

Sewaktu di sini, beliau memasukkan malware ke akaun lawan sehingga dapat mendengar perbualan dan memintas semua maklumat komunikasi lawan. Pendek kata, beliau tahu isi ucapan lawan sebelum calon itu naik ke pentas lagi.

Untuk kempen media sosial, beliau menggunakan beribu-ribu profil Twitter. Beliau juga mempunyai 30,000 Twitter bot, iaitu penulis automatik yang digunakan untuk memulakan trend dan dakyah. Duit bukan masalah. Sebab beliau diberikan RM2.4 juta ringgit untuk memastikan kemenangan kliennya, iaitu Pena Nieto.

Pada malam sebelum pilihanraya, beliau menggunakan senjata terakhir — membuat panggilan palsu automatik kononnya ianya dari pihak lawan, pada pukul 3 pagi, ke berpuluh ribu pengundi. Panggilan palsu ini cukup memberangkan pengundi. Hasilnya, kliennya menang pilihanraya.

Lawan Mentor Sebabkan Kejatuhan

Pada 2012, beliau diarahkan oleh mentornya untuk ke Columbia. Kerjanya kali ini membantu presiden Manuel Santos untuk dipilih semula. Beliau enggan kerana tidak bersetuju dengan ideologi presiden yang dikatakan mesra militan dan pengedar dadah. Buat kali pertama beliau menolak bersama mentornya. Beliau mengambil keputusan bekerja untuk musuh presiden.

… beliau menggodam lebih 100 akaun, dan merancang bersama kumpulannya untuk mendedahkan hubungan presiden dengan sindiket dadah dan militan.Di kem lain ini, beliau menggodam lebih 100 akaun, dan merancang bersama kumpulannya untuk mendedahkan hubungan presiden dengan sindiket dadah dan militan. Cuma kali ini, beliau akan mendedahkannya di televisyen.

Tapi melawan mereka yang mempunyai kuasa memang mencari penyakit. Tidak menunggu lama, pendedahan di tv menyebabkan 40 komando menyerbu ofis beliau dan menahannnya atas tuduhan merisik.

Sepulveda dikawal ketat sewaktu
Sepulveda dikawal ketat selepas perbicaraan di mahkamah. Kredit gambar : LaRepublica

Sewaktu tiba di mahkamah, beliau terpaksa memakai baju kalis peluru. Di dalam mahkamah, di tempat duduk awam, beliau dapat lihat lelaki-lelaki membawa gambar keluarga beliau sambil menunjukkan isyarat yang mereka semua akan dibunuh jika beliau membuka mulut.

Ditinggalkan oleh kemnya, beliau mengaku bersalah kerana menggodam dan merisik. Hukumannya penjara 10 tahun.

Di Penjara

Masalah beliau belum selesai.

… beliau tidur dengan selimut kalis peluru dan di belakang pintu kalis bom.Hanya baru 3 hari di sini, beliau diserang oleh lelaki bersenjatakan pisau dan pisau cukur semasa beliau berjumpa doktor penjara.

Beliau selamat kerana pengawal penjara berjaya mematahkan cubaan ini. Tetapi kerana ada pelbagai cubaan membunuhnya, beliau tidur dengan selimut kalis peluru dan di belakang pintu kalis bom.

Untuk pertemuan dengan Ketua Hakim Negara, beliau dibawa dalam karavan bersenjata yang diiringi 6 pengawal bermotorsikal yang bersedia untuk memusnahkan bom yang mungkin diletakkan di tepi jalan.

Akhirnya dengan tekanan ini, beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan presiden yang cuba dijatuhkannya. Beliau bersedia mendedahkan siapa lagi yang bersamanya yang bekerja menjatuhkan presiden.

Moralnya

Kisah beliau diceritakan kerana beliau mahu dunia tahu yang beliau tidak berseorangan. Dan ramai lagi kontraktor seperti beliau di seluruh dunia — yang travel dari satu tempat ke tempat lain untuk memanipulasi media sosial bagi mendapatkan sokongan awam.

Kontraktor-kontraktor ini dibayar dengan harga tinggi, memiliki ribuan akaun sosial palsu, boleh menggerakkan demonstrasi dan menaikkan kemarahan awam hanya dari komputer riba mereka.

Dan mereka travel ke serata dunia bukan untuk suka-suka. Tapi untuk mengubah landskap politik negara. Kini teknologi bukan sahaja mempengaruhi cara hidup, tetapi menjadi alat propaganda demokrasi.

Kalau di sebelah Amerika ada Sepulveda, rasa-rasanya di Malaysia ada siapa?

Sumber : Bloomberg