22 Hale Street

RM15.00

Nak layan vibe Ipoh dulu-dulu? Datang lawat galeri ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30-45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 15 utk audio tour.
Lokasi
22, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak

Add to Cart
22 hale st
22 Hale Street
RM15.00

BANGUNAN UNIKK

Lama & Bersejarah

Bangunan 22 Hale Street ini unik sebab ini satu-satunya galeri yang seumpamanya kat Ipoh.

Ini bangunan lama lagi bersejarah. Dihidupkan semula, dan diberi nafas baru, dan dirasmikan sendiri oleh tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin.

22 hale street

22 hale street

BANYAK KAWASAN

4 Bahagian

Kat sini ada 4 bahagian. Kat bawah ada kafe — pork free, tapi sebab dikendalikan orang Cina dan ada arak, bolehlah skip.

Satu bahagian lain adalah untuk kawasan yang boleh anda sewa untuk sebarang acara — macam kahwin.

BOLEH LAWAT

Concubine Lane

Jadi, untuk pelancong Islam yang dah alang-alang ada kat kawasan Koh Heng atau Concubine Lane, hanya ada 2 bahagian kat 22 Hale Street ini yang boleh anda lawat.

22 hale street

Tiket 22 Hale Street

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)Per Pax
Audio Tour15
Harga tiket dikemaskini sehingga : 1 Sep 2024

2 Kawasan Untuk Dilawat

Satu kat tingkat atas — yang ada barang-barang lama yang satu masa dulu digunakan Cina Peranakan, dan juga bangsa Cina kat Ipoh ini.

Antaranya termasuklah kasut dan katil Cina Peranakan yang cukup berseni dan ranggi.

Ada juga benda-benda yang kita tak sangka masih orang simpan, macam polisi insuran kebakaran perniagaan tahun 1930an dan juga resit telegram tahun 1960an.

Dan kalau nak tengok mesin-mesin yang datang dari Amerika, sebelum tahun 1860an dulu, pun ada kat sini.

Dari mesin jahit sampailah ke Amberol Cylinder, iaitu sejenis rekod yang dibuat oleh syarikat Edison dan satu masa dulu diguna buat menyimpan muzik.

Gambar-gambar lama pekan Ipoh pun banyak.

Tapi jangan terkejut kalau tengok dulu dengan sekarang, Ipoh tak banyak beza.

Satu lagi bahagian kat sini yang boleh anda singgah termasuklah kedai kecil yang ada menjual barang cenderamata macam beg tote untuk anda bawa balik.

Lukisan yang kat dinding pun boleh dibeli juga.

Dan kalau nak singgah ke bilik airnya pun bagus sebab suasana dalamnya lain dari kebanyakan bilik air Ipoh yang lazimnya kurang bersih.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
22 Hale Street 22 Hale Street
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)