Tentang Tarikan Ini :
Kalau anda nak merasa duduk tengok wayang sambil kerusi bergoyang, boleh masuk kat 6D Cinemotion ini.
Tempat ini kat dalam Oriental Village. Jadi kalau nak rasa masuk panggung ini sebelum atau selepas naik kereta kabel itu memang boleh.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Kat dalam panggung kecil ini, anda bakal duduk dalam tempat duduk bucket dan diberi spek 3D untuk anda pakai. Dan kalau movie biasanya ambil masa 1 jam 30 minit, yang kat sini sekejap sahaja. Dalam 10 minit dah habis.
Jenis show yang ada tak boleh dipilih. Terpaksalah ikut apa yang ada, yang depa tunjukkan 1 show setiap 15 minit. Ada yang naik rollercoaster, ada yang kena kejar dengan T-Rex.
Tapi secara keseluruhan, ianya efek biasa-biasa. Dan kalau yang tak biasa dengan 3D, mungkin ada yang pening kepala.
Harga Tiket
Harga Tiket Asal | Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 20 | 17 |
Pelancong Asing | 33 | 22 |
Beli Pakej Diskaun 6D Cinemotion | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2022 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg -7 malam
JomJalan Seluruh Langkawi
Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi