ADA PENGINAPAN
Utk Cuti Hujung Minggu
Resort ini dekat dengan tol Simpang Ampat Melaka.
Jadi ia jauh dari tarikan lain di bandar Melaka.
Tapi kalau anda menginap kat sini, waterpark dan safari yang ada sudah cukup untuk memenuhkan hujung minggu semua orang.


PANTAI BUATAN
Ngam Utk Family
Waterpark A Famosa ini antara yang terbaik kat Melaka.
Mungkin tidak sehebat Sunway Lagoon, tapi ia masih ada pantai buatan manusia. Luncur air sini pun 7 tingkat tinggi.
Dan selain slide air, di sini anda akan jumpa halangan air macam dalam Ninja Warrior β sesuai sangat kalau nak cabar kawan anda yang suka cakap besar.
SAFARI
Beza Dari Zoo Msia
Kat Safari Wonderland, and bakal naik jeep masuk ke kawasan harimau dan kawasan ala Afrika.
Kalau kat zoo, haiwan dikurung dalam sangkar. Kat sini, anda pula duduk dalam sangkar bergerak.
Sebelum masuk Safari, anda akan lalu kawasan mini zoo dan petting zoo. Boleh belai binatang yang ada β dari arnab sampai kambing gurun.
Kat Safari Wonderland, ada juga pertunjukan haiwan.
Tapi lagi seronok dari kebanyakan pertunjukan haiwan kat mana-mana zoo Malaysia. Sebab kat sini, ada pertunjukan gajah.

Inner tube dan lazy river paling saya suka. Tandas dan tempat mandi/salin baju bersih. Surau bersih. Locker rm30-100 kot ikut size.
Kalau untuk orang dewasa kena berani dan kuat sikit stamina nak naik tangga dan jalan jauh. Bestttt sangat sangat. Harga untuk seorang rm40 tak amik pakej makan minum. Beli walk in mahal sikit kot tiket masuk.
Harga mahal , tak berbaloi … Locker mahal….takde gelang yg kita ini customer dia… tempat mahal pintu bilik persalinan baju pun pakai langsir.. takde privasi betul….
Sangat x berbaloi untuk orang dewasa berat lebih 90kg
Dapat main 2 permainan sahaja
Buang masa dan duit
Locker dah lah mahal paling murah rm30
Better waterpark lain
Kualiti water theme park yang menarik mempunyai gelongsor yang gerun juga. Air yang bersih dan jernih. Pelampung sekarang dah free. Best tempatnya siap ada macam pantai2 suasana dia.
Dh beli tiket klu hujan kne stop, hujan lebat semua tmpt main kne stop. Tiket xleh dipulangkan balik ye.. Rugi gitu je, nk xnk kene tunggu reda baru leh main balik.. Tempat toilet bagai kebersihan oklah..
Nk naik gelongsor bagai tu kene ada berat yg disarankan.. Terlalu berat xleh naik, dan kene ada geng..
Harga makanan biasa r mahal, xleh bwk masuk makanan sendri. Nk sewa tempat pankin gitu mahal over rm100+..
Pakaian biasa selain baju swimming boleh. Nk kata over best xgak, biasa2 je asal dpt bwk ank2 main.. Tmpt simpn barang ada, kt bhgian dlm kne bayar.. Klu kt luar free..