Petik Strawberry
Kalau sesetengah ladang dibuat di tepi sungai, dan curam lokasinya, kat sini landai dan selesa.
Dan kalau sesetengahnya mengenakan charge memetik minima 500g, kat sini anda boleh petik serendah 100g.
Jadi boleh jimat kalau bajet kecil, dan berjaya kawal diri dari lalala asyik petik strawberry.
Cafe 200 Seeds
Kat sini, boleh juga makan pagi dan tengahari.
Kafe 200 Seeds ini ringkas, tapi selesa dan bersih.
Gaya susunaturnya pun bertukar-tukar, dan apa yang anda nampak hari ini mungkin lain dari waktu datang nanti.
Bila dah kat sini, kalau nak mencuba, bolehlah rasa nasi lemak sambal strawberry yang nasinya warna pink.
Kalau tak minat, ada juga lauk lain macam lontong dan mee kari.
Kalau anda ada taste luar negeri, boleh cuba Strawberry Split. Kalau tidak pun, boleh minum teh dengan scones.
Nak cuba serunding strawberry pun boleh. Cuma rasanya manis, dan tak sama macam mana-mana serunding yang anda pernah cuba.
Cenderamata
Untuk yang nak bawa balik cenderamata, boleh jenguk kawasan makanan siap proses kat sini.
Kalau syok dengan nasi lemak strawberry, sambal strawberry boleh dibeli bawa balik.
Selain sambal, ada kopi, teh sampailah popcorn yang semuanya rasa strawberry ada kat sini.
Produk ini semua dah dibawa sampai ke Eropah.
Abang Strawberry
Pemilik Abang Strawberry ini anak Melayu.
Namanya Muhammad Solehuddin Shamsuddin, dan umurnya baru 30 (pada 2024).
Walaupun sekarang Abang Strawberry memang terkenal dalam Malaysia, satu masa dulu, pemuda ini hidupnya sukar.
Beliau yang berhenti belajar sewaktu Diploma, pernah tidur dalam Viva miliknya selama 8 bulan kerana kesempitan wang.
Kalau ikut cerita, dalam waktu susah ini, beliau hanya makan sehari sekali. Makanannya, nasi lemak sahaja, dengan bajet RM 2.50 dari pagi sampailah ke malam.
Tapi itu dulu. Sekarang beliau bukan sahaja ada Abang Strawberry dan kafe 200 Seeds tapi juga owner kepada Babra (butik barang mewah terpakai) dan juga Gull Jewellery (kedai emas yang ada 2 cawangan setakat ini).
Senang cerita, apa yang anda nampak kat Cameron ini sedikit sahaja dari kejayaan tokey muda Melayu ini.
Tips Pengunjung
Tempat ini dihujung jalan mati.
Boleh berhentikan kereta awal sebelum sampai ke sini, kalau anda mahu senang balik nanti.
Jalan ke sini selalunya sesak.
Ada juga surau berdekatan untuk anda solat kalau sampai waktu solat.
Waktu Operasi
Selasa : 8pg – 5ptg
Hari Lain : 8pg – 8 mlm (tutup semasa solat Jumaat)
Makanan kat sini semua sedap. Environment pun cantik. Ada ruang utk ootd and ada juga 360 camera tau.
Meja banyak tp kalau weekend atau public holidays tetap akan full house 😂 sbb kawasan tumpuan pelancong kan.
Parking je susah sikit. Kena parking dkt area sebelah jambatan. Kalau parking area kedai mmg berebut la 🤣
Dalam kedainya luas. Meja panjang untuk famili ada. Makanan unik juga nasinya ada pilihan warna merah/pink ala2 strawberi. Nak makan spageti pun ada pilihan.
Kemudahan cukup dan tak perlu tunggu lama sangat untuk makanan siap.
Terpaksa parking jauh sebab jalan masuk ke dalam tu tiada parking waktu kami pergi. Tandas ada berdekatan.
Kebolehaksesan kerusi roda: Senang masuk. Tiada tangga.
antara kedai org selalu bertumpu kalau gi ke taman sedia kat CH…penuh manjang walaupun weekday…. nasi lemak dia …sedap tapi harga mahal nak mampos tuk nasi lemak biasa…rm10….siap ayam rm17…. scone dia..harga sama la mcm tmpt lain…tapi layan je la…boleh ride gambar pusing2 lepas makan….foc
Nak feeling ii vibe ii boleh makan sini tapi stanby la budjet lebih sikit sebab harga dia agak pricey,
parking pn ada di belakang kedai rm5,
kalau komen untuk nasi lemak, rasanya so so je nasi lemak dia warna pink merah ii dan sambal dia not bad boleh laa cuma portion sambal sikit, pastu papadom dia mcm xrangup dah so ilang laa feel sikit,
kalau air pulak nicee kalau yg nama dia breeze strawberry laici blended tu diaa layan,
kt sini kalau xde luck mmg ramai hahaha so nk tempat cantik lg ii yg tgh honeymoon mmg terbaik boleh la sweet ii kt sini, t
p kalau nk rasa sedap yg smpai termimpi, bkn di sini la hehehhe
overall sekali sekala boleh singgah kalau hari ii mmg rabak hahaha 🤣
Dan staff pn ok ii laa xdan borak apa amik buzzer dan duduk terus tp staff bg location laa tmpt kosong, kita kena tggu dulu di meja masuk dia akan serve kita 👍🏻
Kalau makanan fresh ii panas baru masak lg ngam, tp tu laa ramai org hahah,
anyway selamat maju jaya, tgok ii laa feedback customer lepas tu perbaiki nanti baru org ramai lgi support nk mkn sini 😊
Makan di kedai | Makan tengah hari | RM 1–20
Hari ni alhamdulillah kerja abis awai…. So kami membuat misi mencari nasi lemak strawberry… Hahahahahahaha…. Dh memang hobi aku makan kan…. Mcm2 misi la tuk mengaburi mata korang supaya korg x perasan aku tetap cari kedai makan.
Hari ni kami p restoran Abang Strawberry pulak.
Korg kena tau kawasan restoran ni, susah parking. Kalu p hari minggu or cuti mungkin lebih bercinta cari parking.
Konsep kedai pulak, depan2 masa mula2 masuk ada staff tunggu bagi menda yg bebunyi bila makanan smdh siap… Ada barcode untuk scan atas menda alah tu, tuk order makan….
Alhamdulillah tempat makan luas, suasana mmg merah semcm strawberry…. Best la tempat nya… Ada jugak section jualan, section petik strawberry jugak…
Korg yg xpernah rasa lagi, boleh la dtg menjamu selera kt sini, makanan xabis leh bungkus bawak balik…. Sbb makanan mmg pack dlm kotak makan siap2…. Bagus kan konsep ni…. Dtg k