Aktiviti
Kat sini ada beberapa aktiviti anda boleh ikut.
Kalau nak main air, boleh buat river tubing atau white water rafting. River tubing ini jenis santai baring dalam tiub getah dan ikut menyusur aliran sungai.
Yang nak rasa duduk hutan lama, boleh bercamping.
Boleh juga minta khidmat mereka untuk jadi guide panjat gunung.
Untuk yang aktiviti bertali, ada ziplining.
Dan kat sini, anda bakal zipline rentas sungai Selangor.
Memang lain dari kebanyakan zipline kat Malaysia.
Dan dalam banyak-banyak yang ada, yang paling gila ialah rope swing.
Tapi disebabkan insiden yang berlaku dan viral satu masa dulu, dicampur pula dengan PKP, ianya dihentikan agak lama.
Kalau anda nak buat rope swing, boleh check dengan mereka samada ia telah disambung semula.
Cara Tempah Aktiviti
Contact mereka melalui FB rasmi mereka di Rentas Adventure.
Peringatan Penting
Sila ambil perhatian yang insurans anda mungkin tak cover kecederaan/kematian disebabkan aktiviti lasak.
Sebelum anda join aktiviti yang berbahaya seperti ropeswing, sila tanya agen insurans anda dan faham dahulu risiko yang anda ambil semasa aktiviti-aktiviti ekstrem itu.
Husband dan ank-ank 1st time water rafting. Dia org happy gila!
Terima kasih adrenaline.my utk pengalaman yg menarik untuk ank-ank sy. Sampai sekarang x berhenti cerita seronok.
Lunch pun sedap! Simple dan sedap. Terima kasih!! Sy bagi 5 bintang!!!!!
Operator semua gempak2, Tq team organizer Outdoor Lah! utk buat program kali ni…Awesome 5 bintang hacik kasi.
utk yg gemarkan aktiviti lasak mencabar boleh la try dkt adren x park ni..puas ati best2 harga pun murah..selain zipline 200 meter..ada zipline 400meter ada atv dan water rafting