Isi Kandungan :
Kalau KL ada Sunway Lagoon, Singapore ada Adventure Cove.
Bezanya, taman tema ini memang khas fokus pada permainan air dan ikan, satu benda yang tak boleh jumpa setakat ini kat Malaysia.
Untuk yang datang dengan orang tua, tak mengapa. Atuk dan opah boleh duduk rehat kat Cabana sementara anda dan anak-anak berseronok main gelongsor air ataupun layan ombak kat Wave Pool.
Kalau tak rasa malas nak memanjat tangga mengheret naik pelampung, anda boleh juga pusing Adventure Cove kat Lazy River. Kat sini boleh tengok ikan pari dan macam-macam ikan kat aquarium semasa anda dan anak-anak dibawa air Lazy River. Ada yang kata Lazy River kat sini antara yang terbaik dalam dunia.
Untuk yang nak merasa snorkeling tapi takut lemas, kat Adventure Cove ini memang boleh snorkeling kat Rainbow Reef. Kat sini anda boleh menyelam dengan lebih 20,000 ekor ikan.
Kalau nak yang thrill lagi boleh menyelam dengan ikan jerung, ikan lumba-lumba dan pari juga.
Tips Pengunjung
- Seahorse cabana lebih sunyi untuk yang nak rehat tutup mata. Boleh sewa yang ini kalau anda tak datang dengan anak kecil.
- Jangan lupa layan Lazy River Adventure Cove yang unik sebab anda boleh tengok ikan berenang kat tepi anda.
- Makanan terhad lagi mahal. Makan dulu sebelum datang.
- Kalau mampu duduk di hotel Equaris, ia dekat dengan sini. Gate belakang hotel akan terus bawa anda ke Adventure Cove.
- Adventure Cove tak jauh dari SEA Aquarium dan Universal Studios Singapore. Boleh plan ke sini kalau anda bercuti di Singapore lebih dari sehari.

Kredit : pointandshootwanderlust
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 6 ptg
Harga Tiket
Walk-In Ticket Price | Dewasa (SGD) | Kanak2 (SGD) |
---|---|---|
Pelancong Asing | 38 | 30 |
Warganegara Spore | 32 | 28 |
Beli Tiket Murah Adventure Cove |