Agro Market Cameron Highlands

RM25.00

(9 review)

Nak bergambar? Jom terjah tempat menarik terbaru kat Cameron ini!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 25 dewasa dan RM 10 kanak-kanak
Lokasi
Agro Market Cameron Highlands

Add to Cart
agro market cameron pink stairs
Agro Market Cameron Highlands
RM25.00

ALTERNATIF LAIN

Flora Park

Untuk anda yang teringin nak ke Flora Park tapi rasa seram dengan harga tiket masuknya, ini alternatif buat anda.

Namanya Agro Market.

agro market cameron highlands

agro market cameron highlands

TAMAN BUNGA

Tempat Bergambar

Dan taman bunga ini tarikan terbaru kat Cameron sebab dibuka awal 2023 saja.

Tempat ini memang lebih kepada kawasan bergambar β€” dan penuh bunga dengan kawasan laluan berwarna.

Memang ceria dan sesuai lah untuk jadi port bergambar keluarga.

DOME BUNGA

Berwana Warni

Kat tengah kawasan Agro market ada dome bunga. Warnanya dari purple dan merah sampailah ke oren.

Dan ia juga ada kawasan kaktus.

Bezanya dari tempat kaktus lain kat Cameron ini, pokok ini ditanam di kanan kiri laluan dan memang sedap mata memandang.

agro market cameron highlands

agro market cameron highlands

TARIKAN UTAMA

Mini Santorini

Apapun, yang jadi tarikan utama kat sini ialah mini Santorini.

Kawasan ini dibuat macam kat area Santorini, Greece dengan bangunan dan tangga biru putihnya.

Memang ngam lah untuk buat penyeri di IG.

Tiket Agro Market

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara2510
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 23 Feb 2025

Untuk Anak

Kalau anak nak beri makan burung, kat sini pun boleh.

Burung-burungnya memang jinak dan makan dari tapak tangan.

Dan ia juga ada kawasan tertutup untuk anak layan kucing sementara anda ronda bergambar.

Binatang lain macam kambing biri-biri dan merak pun ada.

Cuma semasa post ini kami tulis, binatang-binatang ini dibiar bergerak cuma dalam kawasan kandang mereka.

Tak bolehlah nak belai sebab ia bukan jenis petting zoo macam beberapa tarikan untuk anak lain di Cameron.

Tips Pengunjung

  • Tempat ini berbumbung. Jadi masih boleh datang bergambar walaupun hujan.
  • Sayangnya tempat ini banyak kawasan bertangga. Mak ayah yang berusia bakal mengah dan menjerit lutut mereka. Tapi mereka boleh jamu selera di medan selera berdekatan pintu masuk Agro Market sementara menunggu anda semua.
  • Tempat ini agak luas dan memang perlu banyak berjalan. Sediakan kasut yang sesuai.
  • Kat medan seleranya ada surau.
  • Parking kat sini besar. Cumanya, walaupun ia berbayar, parkingnya selalu penuh sebab sekitar kawasan ini juga banyak gerai buah dan cenderamata.

Waktu Operasi

Setiap hari : 9pg – 6 ptg

9 review utk Agro Market Cameron Highlands

4.6
Berdasarkan 9 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
22
22%
3 bintang
11
11%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 9 review
  1. Tempat yang menarik untuk bawa family tengok bunga2 cantik. Dalam ni pun ada haiwan2. Boleh bagi makam burung. Sangat best πŸ‘πŸΌ.

    (0) (0)
  2. Perhentian baru kat CH. Tempat baru jadi kebersihan, kecantikan semua masih on top.

    Selesa & tak sesak walaupun hujung minggu, masa tu dalam pukul 12.3+ pm.

    Parking luas dan percuma.

    Selain tengok ladang bunga kat atas, kat bawah pun ada gerai jualan macam kat kea farm.

    Ada strawberry, ubi-ubian, cenderahati dll. Boleh la singgah sini untuk beli ole-ole sebelum pulang ke destinasi masing-masing.

    (0) (0)
  3. best jugak, byk benda ada, cuma masa pergi tu, rabbit & cat semua kena kurung & tidur, pintu pon kunci jadi lost a bit of fun there

    bunga cantik sgt, byk, biri2 dua ekor je, tp comel jugak, sedih sikit sbb smua binatang xleh sentuh

    (0) (0)
  4. Tempat dia luas. Berbukit/bertangga sikit. Tiket masuk rm25 dewasa. Rm10 kanakΒ².

    Ade kedai makan. Toilet. Burung, sheep & kucing tak masukβ€”tak larat. Tiket masuk bole redeem voucher rm5 kat kedai air sebelum kaunter tiket.

    (0) (0)
  5. Sangat-sangat recommended ya. Bayar masuk RM25 je untk sorang dewasa.

    Sy gerak pkul 8 lgi, masa tu tk ramai org, best untk bergambar. Harga barang jgak more cheaper than tempat lain.

    Macam-macam ada dlm ni, ada taman bunga, arnab, kucing, burung, ikan, alpaca ada sekor je, pastu kambing.

    Sesuai untk yg bwak anak dtg sini.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Agro Market Cameron Highlands Agro Market Cameron Highlands
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)