Ah Ma House

Tarikan Percuma

Kedai kuih kapit ini bawa balik memori masa kecil untuk ayah dan ummi.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Jarak Dari KL
100 km / 2 jam
Lokasi
Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

RUMAH PAPAN

Kedai Kuih

Ini rumah papan yang ditukar menjadi kedai kuih yang mengimbau memori lama.

Saiznya kecil saja. Dan 15 minit pun cukup untuk persinggahan anda.

ah ma house

Imbau Kenangan

Ia bakal mengembalikan memori zaman kecil untuk mereka yang lahir sekitar 1970- 1980 an.

Selain kuih kapit, ada bekas-bekas berisi gula-gula dan jajan yang ibu dan ayah anda beli sewaktu mereka ke kedai runcit Cina di pekan lama.

Permainan seperti terup yang beraneka gambar yang dimainkan waktu sekolah pun ada.

Untuk buat ia macam rumah, tempat ini pun ada barang-barang antik. Dari mesin jahit jenama Singer, tabung duit KFC sampailah ke telefon jenis berdail yang anda selalu tengok dalam filem-filem zaman P Ramlee.

Kuih Kapit

Kat sini, anda juga boleh tengok pekerja membuat kuih kapit sama macam dulu-dulu.

Ia dibakar menggunakan arang. Ia juga guna acuan lama dan dibakar, dan bukan dengan mesin moden.

Apapun, selain kuih kapit, jajan kat sini sedia untuk anda beli. Tapi sebab tempat untuk pelancong, harga lebih tinggi.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Ah Ma House Ah Ma House
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)