CERUK
Layan Air Sejuk
Kawasan air terjun Durian Perangin ini memang terpencil sikit lokasinya.
Tapi disebabkan letaknya di antara Galeria Perdana dengan Kampung Ayer Hangat, ada juga yang gigih ke sini.
Lagipun, air terjun ini tak terpencil sangat macam Air Terjun Temurun dan tak menggunakan tenaga nak sampai macam Air Terjun Telaga Tujuh.


BERTINGKAT
Tapi Cetek
Air terjun ini 2 tingkat.
Untuk yang ke tingkat pertama mudah sahaja untuk kebanyakan kita. Untuk yang semangat nak tengok tingkat yang atas, ada jalan ke atas. Tapi jaga-jaga sebab laluannya curam dan licin.
Cuma untuk orang yang ada air terjun kat kampung (hello orang Perak!), kawasan air terjun Durian Perangin ini kurang seronok. Sebabnya ia hanya ada beberapa kolam untuk mandi dan airnya cetek-cetek.
Kalau anda datang musim yang kurang hujan, kawasan cetek mungkin macam lopak setinggi buku lali.
Review
Jadi yang pertama beri review