Air Terjun Kota Tinggi

RM5.00

Nak rasa mandi air semulajadi? Jom layan air terjun Kota Tinggi.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 4 jam
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 5 dewasa dan RM 3 kanak-kanak utk hari biasa (tidak termasuk kos parking kereta)
Lokasi
KM 16, Jalan Lombong, 81900 Kota Tinggi, Johor.

Add to Cart
kota tinggi waterfalls 1 johor
Air Terjun Kota Tinggi
RM5.00

ADA GELONGSOR

3 Kolam

Macam kebanyakan air terjun kat Malaysia, nak ke Air Terjun Kota Tinggi maksudnya kena bawa kereta jauh sedikit dari jalan besar.

Yang membuat kawasan air terjun ini berbeza ialah ia ada gelongsor air, selain dari 3 kolam air kat kawasan bawah untuk anda dan anak-anak mandi.

air terjun kota tinggi

air terjun kota tinggi

REHAT LAMA

Tidur di Chalet

Dan kalau nak sewa pelampung pun boleh.

Tapi mungkin disebabkan adanya kemudahan sebegini, harga tiket masuknya lebih tingi dari air terjun kat mana-mana negeri.

Dan kalau nak berkhemah atau tidur dengan keluarga, memang ada chalet yang boleh anda sewa.

Tiket Air Terjun Kota Tinggi

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara53
Pelancong Asing1510
KeretaRM 3 / kereta
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 9 Jan 2024

Amaran

  • Air terjun ini bertingkat-tingkat. Dan kawasan tingkat atas ada yang memang tak boleh mandi. Dah siap dengan jaring dan papan tanda lagi. Mohon ikut sebab takut mudarat diri sendiri.
  • Jangan mandi waktu hujan. Macam mana-mana air terjun, peluang kepala air datang waktu ini sentiasa ada.
  • Ini kawasan hutan. Nak masuk bacalah ayat Kursi, jaga lidah, jaga perangai diri sendiri dan juga anak isteri.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:00 pg – 7:00 malam

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Air Terjun Kota Tinggi Air Terjun Kota Tinggi
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)