Isi Kandungan :
Air terjun Murug Turug ini letak nya di Tamparuli. Jadi kalau anda di kawasan ini disebabkan anda nak naik jambatan Tamparuli dan anda datang dengan rombongan yang besar, apa kata anda singgah dan layan air sejuk di kawasan Tamparuli.
Seperti mana-mana tempat dalam hutan Sabah, air terjun ini lebih popular di kalangan pelancong asing daripada pelancong tempatan. Mungkin sebab orang kita dah biasa mandi air terjun. Atau mungkin sebab kita ada tempat tarikan lain yang kita nak pergi.

Kredit : FB Murug Turug
Datang dengan pakej
Untuk ke sini anda perlu ambil pakej. Sebabnya, untuk ke sini anda perlu naik 4 by 4, dan buat jungle trekking di dalam hutan sejauh 200 meter. Orang yang kuat pula, boleh pilih untuk berjalan 1.5 km dari check point ke sini, dan panjat bukit selama 30 minit.

Kredit : FB Murug Turug

Kredit : FB Murug Turug
Untuk yang datang dengan keluarga anda boleh ambil pakej sesuai untuk keluarga. Dan kalau anda datang dengan rombongan besar yang cergas-cergas orangnya anda boleh ambil pakej untuk lihat keseluruhan waterfall. Sebab kat sini sebenarnya ada 7 air terjun.
Untuk menempah pakej anda boleh hubungi syarikat tersebut di fb mereka.
Aktiviti lain
Untuk mereka yang datang ke Sabah untuk buat team building anda juga boleh bertanyakan kepada penganjur kalau anda nak buat aktiviti tambahan macam camping, abseiling dan lain-lain lagi.