air terjun sungai gabai selangor

Kredit : zarnizar

Air Terjun Sungai Gabai

Anda muda dan nak layan air terjun? Cuba datang sini.

Ini antara kawasan air terjun popular di Hulu Langat.

Yang menyebabkan ia popular ialah anda tak perlu camping masuk hutan untuk layan air terjun.

air terjun gabai selangor

Kredit : hangdhamin

Kat sini, nak pergi dari satu kawasan ke kawasan lain pun sudah ada tangga.

Walaupun curam tangganya, ia lebih bersimen dan agak senang nak ke kawasan atasnya.

Cuma anda kenalah cergas atau muda belia.

air terjun sungai gabai

Kredit : udin_faudzir

Penting

Kawasan Sungai Gabai ini tak seperti Sungai Congkak. Tempat letak kereta kurang.

Jalannya ke kawasannya pula sempit. Saiz hanya muat untuk 1 kereta sahaja.

Disebabkan ini, kami tak sarankannya untuk family.

Ada Waktu Amat Bahaya

sg gabai

Kredit : ariqal_danial

Kawasan air terjun ini rosak teruk semasa banjir besar pada Januari 2022.

Air bah luarbiasa bukan sahaja merosakkan kawasannya yang dulu hijau, tapi juga menghanyutkan alatan menyelamat pihak bomba.

Ini menyebabkan ia ditutup untuk satu masa yang lama.

Oleh sebab itu, kami hanya sarankan kawasan ini untuk dikunjungi hanya pada musim panas.

Kalau anda berkeluarga dan tidak ada pengalaman dengan sungai dan air terjun, ada banyak alternatif sungai di Selangor yang lebih selamat untuk dicuba.

Jomjalan