Air Terjun Telaga Tujuh

Tarikan Percuma

Kata orang, Telaga Tujuh ini dulunya tempat orang bunian mandi. Amacam, ada berani?

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3 – 4 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Burau Bay, Langkawi

BERKOLAM

Mistik Bunian

Air Terjun Telaga Tujuh yang dekat dengan Oriental Park, atau Cable Car Langkawi ini.

Di sini ada 7 kolam kecil yang dikatakan orang di sini sebagai tempat puteri-puteri kayangan mandi-mandi di bumi.

Macam biasa, bila manusia datang, mereka pun hilang.

Kredit : sarah.hisham96

kawasan bergambar air terjun telaga tujuh
Kredit : fithridahlan

WATERFALL

Kurang Dikunjungi

Tempat ini sangat popular di kalangan pelancong asing.

Tapi, kurang popular di kalangan orang Malaysia mungkin sebab ramai yang sudah biasa dengan air terjun.

Lagipun dengan kawasan mandi yang licin dan berbahaya, yang datang kebanyakannya adalah kaki jungle trekking berbanding pelawat biasa.

Pendakian Bertangga

Untuk ke sini anda perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga yang agak curam (kira-kira 30 minit).

Jadi pastikan anda dan anak-anak cukup cergas. Dan jangan lupa bawa air mineral secukupnya.

Kalau anda letih, anda boleh berhenti rehat di tempat duduk yang disediakan.

Anda juga boleh makan ringan di sini, cuma anda kena bersilat sedikit dengan monyet-monyet liar yang bersedia menunggu untuk merampas makanan anda.

Jungle Trail

Jika anda datang bersama rakan yang cergas dan memang sukakan hutan, anda boleh meneruskan perjalanan dari Telaga Tujuh dan masuk ke dalam jungle trailnya.

Namun begitu, sedikit peringatan.

Jungle trail ini bukan untuk semua orang kerana laluannya kadangkala sukar dan merbahaya. Pastikan anda membaca arahan di papan tanda yang di sepanjang laluan.

Waktu Terbaik Datang

Jika anda ke sini sewaktu musim panas/kering, anda mungkin hampa kerana airnya cetek.

Jadi hanya datang ke sini pada bulan di mana banyak hujan di Langkawi.

Musim lembab di Langkawi bermula sekitar April sehinggalah ke bulan November lazimnya.

Tips Pelawat

  1. Jangan bawa benda yang tidak berkenaan dan membebankan seperti beg tangan yang berat dan lain-lain. Belum ada lagi shopping mall di atas sana.
  2. Antara waktu terbaik ke sini ialah pada waktu petang atau awal pagi. Pada waktu ini, jumlah pengunjung selalunya kurang.
  3. Jangan ambil mudah tentang air terjun ini. Batunya yang licin dan tingginya menyebabkan siapa yang tergelincir, berkemungkinan mati. Tempat ini sudah banyak mengambil nyawa manusia, dalam dan luar negara yang tergelincir sampai ke bawah sana.
  4. Kalau tak larat memanjat, boleh juga pergi ke Air Terjun Durian Perangin.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Air Terjun Telaga Tujuh Air Terjun Telaga Tujuh
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)