Ais Tingkap Taufique - minuman wajib cuba di pulau pinang

Kredit : EverydayFoodILove

Ais Tingkap Taufique

Ais Tingkap mungkin sesuatu yang baru pada orang luar Penang. Tetapi selain cendol, dan ais kacang Penang, anda wajib juga mencuba Ais Tingkap.

Kurang dari RM 5 segelas, anda akan mendapat air istimewa yang datang dari campuran ais yang diparut, air kelapa, biji selasih, semburan herba India dan isi kelapa.

Resepi air ini adalah resepi turun temurun, dan ianya dulu dijual dari tingkap kedai. Namun begitu, tidak seperti sewaktu ia mula diperkenalkan pada tahun 1930, ia kini hanya menggunakan sedikit herba berbanding 25 jenis sewaktu asalnya kerana sukarnya mencari herba-herba asli seperti resepi asal.

Kedai ini dijaga berganti-ganti oleh 7 beradik yang meneruskan wasiat datuk mereka yang mahukan minuman istimewa ini terus disajikan kepada orang ramai.

Tips Pengunjung

Gerai pasembur Chowrasta di tepi kedai ini tidak kurang enaknya.

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan