tarikan ekstrem singapore - bungee jump

AJ Hackett Sentosa

Nak buat benda ekstrim masa cuti kat Spore? Ini tempat tarikannya saudara.

Kalau kita cerita tentang benda ekstrem — macam lompat Bungee, antara syarikat yang terkenal dalam benda-benda gila ini ialah AJ Hackett.

Sebabnya, syarikat New Zealand inilah yang buat sukan lompat tempat tinggi ini jadi popular. Dan ini syarikat pertama dalam dunia yang mengkomersilkan lompatan Bungee Jumping.

Asalnya, pemiliknya, lompat Bungee dari menara Eiffel Paris pada 1986.

Sejak dari situ, dia membuka satu demi satu tempat melompat sampai sekarang.

bungy-jump-sentosa-singapore

Kat Singapore, syarikat ini siap ada menara mereka sendiri kat Pulau Sentosa.

Menara ini tingginya macam bangunan 14 tingkat.

Dan kat sinilah tempat anda lompat Bungee Jumping atau buat 2, 3 benda gila lagi macam naik buai gergasi.

Apa Yang Boleh Buat Kat Sini?

giant swing sentosaBenda paling utamanya ialah Bungee Jumping. Terjun 50 meter dari atas pasir Pulau Sentosa.

Bila dah lompat, anda akan dapat sijil dan boleh beli video dan gambar yang tunjukkan bukti kat pak mentua, yang anda ini sanggup buat kerja gila untuk capai cita-cita anda kat dalam dunia.

Kalau anak anda merengek nak lompat juga, boleh. Tapi dia mesti 14 tahun ke atas.

menara aj hackett pulau sentosaKalau datang dengan kawan, boleh cuba Giant Swing.

Main buai berdua, bertiga sama-sama dari atas menara AJ Hackett ini.

Bunyi macam biasa, tapi sebenarnya buai ini lajunya boleh cecah 120 km/h bang oi!

Kalau dua-dua pun tak berani, boleh jalan kat atas menara ini. Kat Skybridge dia.

Cara ke AJ Hackett

Turun kat Siloso Point.

Menara ini memang boleh nampak dari sini, dan cuma dalam 5 minit jalan kaki.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (SGD)Kanak2 (SGD)
Bungee Jump109109
Beli Tiket Diskaun Bungee Jump
Giant Swing5959
Beli Tiket Diskaun Giant Swing
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Jan 2024

Waktu Operasi

Isnin – Khamis : 11 pg – 8 mlm
Jumaat – Ahad : 11 pg – 9 mlm

JomJalan Seluruh Singapura

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore

Jomjalan