Isi Kandungan :
AK Extreme ini tempat main gokart, lawan paintball dan naik ATV.
Tapi kalau tempat extreme park lain selalunya di buat kat luar, AK Extreme pula kat dalam bangunan. Lagi tepat, kat tempat letak kereta Plaza Hang Tuah.
Nak ke sini, boleh terus naik ke tingkat 6 dan 7 mall ini.
Disebabkan ia dalam bangunan, anda tak perlu bergerak jauh untuk merasa main 3 benda kat atas tu.
Dan walaupun Plaza Hang Tuah yang menempatkan AK Extreme ini mall tua yang uzur, anda masih boleh makan minum di sini selepas layan paintball.
Senang cerita, kalau anda datang dengan family ataupun kawan-kawan, ini antara tempat sukan extreme dalam bandar Melaka yang anda boleh cuba.
Hujan, ribut tak jadi halangan.
Tips Pengunjung
- Datang petang kalau hari minggu. Tempat ini buka selepas lunch hour bang.
- Pakai pakaian yang selesa. Tak perlu tebal-tebal sebab confirm berpeluh habis.
- Kalau rasa hebat, boleh ajak anak perempuan owner lawan gokart. Jangan makan asap sudahlah.
- ATV tidak sesuai untuk kanak-kanak. Paintball dan gokart pula hanya sesuai untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
- Kalau memang fokus nak main Go-Kart sahaja, pilihan lain ialah dengan Crazy Racing kat Klebang.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | ||
---|---|---|---|
Paintball | 35 | 35 | |
Gokart | 30 | 30 | |
ATV | 30 | - |
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 2:00 ptg – 7:00 malam
Hujung Minggu/ Cuti Umum : 10:00 pg – 7:00 malam
Hotel Pilihan Berdekatan AK Extreme
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Casa Del Rio | Booking | Agoda |
Hotel Hatten | Booking | Agoda |
Doubletree Hilton | Booking | Agoda |
The Straits Hotel and Suites | Booking | Agoda |
Hotel Estadia | Booking | Agoda |
Hotel Moty | Booking | Agoda |
Hotel Arissa | Booking | Agoda |