LOKASI STRATEGIK
Dekat Mall & Tren
Terletak di KL Sentral, hotel ini ada akses mudah ke rangkaian pengangkutan awam utama, memudahkan anda menjelajah ke seluruh KL dengan tren LRT atau monorail.
Nak ke Bukit Bintang? Stesen monorail hanya 5 minit dari sini.
Ada flight untuk diambil di KLIA? Tak ada masalah kerana tren KLIA express pun dalam jarak jalan kaki.
Plus point lain — Ia juga bersambung terus ke pusat membeli-belah Nu Sentral.
Jadi senang sangat untuk anda yang mahu bershopping atau mencari tempat makan.


HOTEL MODEN
Dan Minimalis
Bilik-bilik di Aloft Kuala Lumpur Sentral direka dengan gaya kontemporari dan minimalis untuk anda yang datang berdua.
Untuk keluarga ada unit 2 tingkat untuk penginapan lebih selesa.
Ia juga terkenal di KL dengan sarapan buffet yang beraneka — dari lauk India, Melayu dan Cina yang bakal menggembirakan hati sesiapa sahaja.
Yang baik lagi, menunya ditukar setiap hari supaya anda boleh menginap di sini lebih lama lagi.