hotel best di kl - anggun kl

Hotel Anggun KL

Hotel butik di Bukit Bintang ini dihias cara Melayu, dekat dengan mall dan sesuai untuk yang mahukan layanan peribadi.

Hotel Anggun Bukit Bintang ini adalah hotel butik dengan 18 bilik eksklusif dan berada di bangunan bersejarah tahun 1920-an.

Dengan katil jati buatan tangan, perabot buatan tempatan, lantai kayu mahogani, lampu lama dan kipas siling, Anggun direka khusus untuk membangkitkan mood tahun 1960-an.

ruang dalam anggun kl

kawasan masuk hotel anggun klKalau anda meraikan ulangtahun ataupun bulan madu di kota ini dan mahukan suasana baru semasa menginap di kota yang moden dan sibuk ini, cubalah hotel Anggun.

cafe anggun

Anugerah Dimenangi
  • 2011 Oleh Hotel Club – Hotel Hebat Yang Dirahsiakan di KL

Yang Bagus Tentang Hotel Anggun KL

  • Hotel butik Anggun ini hanya ada 18 bilik. Perkhidmatan lebih cepat dan lebih baik daripada kebanyakan hotel Bukit Bintang.
  • Bas Hop on Hop Off ada di seberang jalan. Senang untuk teroka KL.
  • Stesen tren Rapid KL sekitar 7 minit berjalan dari sini
  • Pusat bandar Bukit Bintang dalam jarak berjalan kaki.
  • TV LCD boleh diguna untuk melayari internet.

Yang Buruk Tentang Hotel Anggun KL

  • Jalan sekitarnya boleh menjadi agak bising.
  • Bilik agak kecil.
  • Tiada tempat letak kereta. Anda perlu gunakan tempat letak kereta di sekitar kawasan hotel.

Tarikan Berdekatan Anggun KL

Harga Bilik

Dari RM 340

Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan